Friday, 28 December 2012

Sepetang di Putrajaya

Salam. Apa khabar? Cuti sekolah dah nak habis ni, bagi kami, dak dak sekolah. Lepas ni, mula kembali ke sekolah dan Facebook & Twitter kembali aman tanpa sebarang kesesakan melampau. Kan? Hahaha tapi aku takdelah obses dengan social sites time cuti. Yang rajin baca blog aku ni tahulah aku buat apa hahaha :p Hints semua ada kat post sebelum-sebelum ni.

Oh yeah semalam pergi Putrajaya naik cruise. Abah ajak sebab dia free semalam. Terima kasih Abah! Best lah naik cruise sebab hmm dapat tahu info pasal Putrajaya (ada tour guide) pastu dapat tengok Putrajaya from a different view. Yup, indeed it was a nice experience to all of us. Dulu kat Melaka ada juga naik cruise. Tapi lain lah kan sebab Melaka tu sungai, Putrajaya tu tasik. Hah, dalam cruise tu ada dua orang pelancong Korea. Dapat ambik gambar dengan dia n_n She's so cute & humble.

Port cruise.
Lining up.
Di dalam sudah~
Dapat air minuman ni :)
The famous landmark & the biggest mosque in Putrajaya

Our tour guide of the day.
Eh thats me ;)
Ni dah boleh keluar ke depan/belakang utk ambik gambar ;)
Korean girl vs Malay girl
My family is happy yay yay
Dah hampir sampai port balik......
Going home

Wednesday, 26 December 2012

Mini gathering of 6UPM class of 2009

Assalamualaikum......

Aku baru je balik dari Aeon Taman Equine. Alahai Jusco lah tu tapi dah tukar nama kan sekarang. Takpe lah aku guna Jusco je lah. Actually bukannya exactly baru balik, dah beberapa jam lepas. Lepas dah settle semua benda, log in blogger pastu mula menaip! Mula-mula plan sesaja dgn Nazif. Bajet macam ramai je boleh datang kalau buat event dekat Facebook, so kitorang just text sesiapa yang tinggal area dekat dgn Maulana tu je. Ramai jugak tak dapat pergi. Last-last, kami berenam je hangout sama-sama.

First location: Maulana Restaurant, Putra Walk
Dekat Maulana ni kita makan tengah hari lepastu borak-borak. Pasal sekolah, pasal cikgu, & macam-macam pasallah. Hal peribadi bab girlfriend boyfriend pun borak sekali. Hah, pastu kat sini jumpa Ummi Farah!!!! Dia lunch dengan family dia. Kalau ada Ummi Farah confirm ada emak dia kan, Cikgu Hamisah. Cikgu Sains kitorang masa darjah 6. Muahaha kebetulan gila. Pastu salam ah cikgu semua. Masa cikgu nak balik, cikgu tegur Nurai pasal boyfriend dia. Siap berlawak lagi suruh Nurai pilih Addien jadi boyfriend. Semua gelak kat situ.
Addien & Nazif. The only BOYS.

Nuraisyafyqa & Syahirah. Weeee
Dharshinee & me. (eh blur skit gmbar ni)

Gambar makanan. Hahahaha perlu jugak ke.
Lepas makan semua bincang nak pergi mana. Keluar lah idea nak pergi Mines lah, IOI lah, MidValley lah. Hamboi korang, macam ada transport je nak pergi sana. Nurai nak beli barang kat Jusco so kitorang pun pergi jelah Jusco. Mula-mula aku cadang nak pergi Snogurt lepas makan, sebab nak rasa en en. Snogurt tu kat PutraWalk juga lah tapi tak jadi....... So kitorang pun jalan nak pergi Jusco. Jusco kat seberang Maulana. Kena lintas jalan besar tapi ada jejantas kan so gunalah kemudahan yg ada wahai rakyat sekalian.





Next location : Jusco / Aeon Taman Equine
Dah berapa kali entah time cuti aku pergi tempat ni. Serius dah boleh muak haha tapi pergi jelah. Memang tak ada apa-apa kat sini. Bowling takde, wayang takde. So kitorang jalan2 nak aircond je lah. Firstly, pergi Popular then pergi tempat games. Tu pun sebab nak try photobooth.

Ni kat tempat photobooth.

Editing
Tadaaaaa ;)

Ni kat luar Jusco. Lepak ambik gambar.

Aku tak faham kenapa Addien nak duduk -_-

Wahai lelaki, hujan ke?

Pasangan bahagia 1

oops tetutup mata lah pulak

Pasangan bahagia 2 (Cikgu Hamisah sila tgk ni haha)

Buat apa tuuuu?

Eh Dharshinee tak join aku selca.

Eh Nazif pulak tak nampak.

Syahirah yg comel

Memang gap gila tu.

Blur pulak lalalala~

Nurai yg photogenic :D

Guess what? We bought these~

thanks addien n_n

ok nak balik dah. 
kat barber adik aku gunting rambut

sebab ada seung gi n_n

Bought these.

Thursday, 20 December 2012

8A tak penting?!?!

Salam....

Semalam hari yang amat bermakna untuk semua pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia. Hari keputusan PMR diumumkan. Tahu tak tahu tak masa aku tengok MHI semalam, hos dah salah info. Dorang ingat hari ini result keluar. Hekhekhek nasib baik dorang reti cover. Eh selingan pulak tetibe. Ok, semalam aku pergi sekolah dengan family. Lengkap weh. Abah, Ummi dan adik-adikku dua orang tu. Haaaaaaa kemain semangat mereka datang bersamaku. 9.40 pagi sampai pintu pagar, tengok sepi semacam je, sekali pak guard kata pukul 12 tengah hari baru boleh ambik. WHAAAAAATTTTTTTT LAMANYAAAAAAAAAA. No way lah nak check guna SMS. No no no no. Tak surprise. Nak tengok slip jugak!

Pukul 11.30 macam tu dah berkumpul depan dewan. Pastu beberapa minit kemudian bolehlah masuk mengikut kelas masing-masing. Mula-mula je kelas aku beratur, lepastu terabur dah. Haihhh sungguh tidak sabar nampaknya mereka ni. Adleen pergi ambik dulu pastu dia tunjuk kat aku dgn Sufina. Bila kitorang dah tengok baru dia tengok. Seronoklah dia dapat straight A's!!!!! Pastu aku pulak pergi dekat guru tingkatan. Dia cakap - tahniah, straight A's. Aku dah macam gelabah sikit sebab cikgu tak tunjuk mana slipnya. Pastu bila cikgu tunjuk je terus aku tengok AAAAAAAA. Phewwww alhamdulillah :') Kerja kursus pun semua cemerlang. Lepas ambik sijil-sijil yang berkenaan, aku terus keluar bagitahu family result. YAYYYY!! Sufina, dia 7A 1B.......... Tengok dia macam shock sikit. Actually aku pun terkejut sebab dia memang calon 8A. Taktahu lah dia nak buat semakan semula atau tidak.

Apa-apa pun, semalam merupakan hari yang menggembirakan. Mengapa? Sebab dapat mengeratkan silaturahim dengan kawan-kawan lama dan kawan-kawan yang kenal di internet. Masing-masing sibuk tanya keputusan. Hehehe seronok seronok! 

Picture 1 - http://instagram.com/p/TaYGuutBJu/ (Ni depan dewan lepas bagitahu family result aku hehe)
Picture 2 - http://instagram.com/p/TaYojJtBKB/ (Ni masa nak balik dah. Makan brownies yay!)

Ps/ Sorry lah gambar kena bukak link bagai. Gambar yang diambil semalam ada kat phone lagi.

Thursday, 6 December 2012

Korean Movies

Salam.

Ok dah tahu tajuk camtu takkan nak cite pasal makanan ke mainan pulak kan. Nak share apa movie yang aku dah tengok sepanjang cuti sekolah ni. Selalunya layan drama je kan, hmm tukar angin jap ah. Penat dah tengok drama :p Drama yang aku tengok sekarang cuma I Miss You/Missing You yang kena tunggu tayangan Rabu & Khamis setiap minggu. Selain drama tu dah tak tengok apa-apa drama. Layan movie je memanjang.


1. Heaven's Postman

Ni aku dah pernah post kan jadi taknak cite lah. Okay takpe cite sikit. Heaven's Postman, macam tajuknya juga memang cerita pasal seorang lelaki yang mengepos surat ke syurga. Dia terjumpa seorang wanita lalu mereka pun jatuh cinta. Heartbreaking story jugak. Tapi siyes suka tengok Jaejoong. His presence itself dah buat diriku jatuh wakakaka.

2. He Was Cool
Cite pasal lelaki gangster terjatuh cinta dekat perempuan yang tak sengaja tercium dia. Funny movie. Mostly focus on friendship,gang fights.
Ps: heroin cite ni dah takde kat dunia ni. erm she killed herself. (terjumpa pasal ni time tgh search pasal movie ni)

3. 4th Period Murder Mystery

Woohoo ada Yoo Seung-ho lah!!! Masa tu dia still 16 tahun ahak ahak muka dia still cam childish sikit lagi lah kan. Cite ni pasal penyiasatan kes pembunuhan dalam kelas. Masa tu 4th period semua orang tengah PJ. Not so scary to me. Bebudak je mah. Seung-ho is very cute here.

4. Always/Only You
Movie ni pulak pasal perempuan buta dan bekas ahli gusti. Dorang terjumpa. Lepastu lama-lama jatuh cinta. Sedih jugak hm hm. Seo Jisub is a handsome ahjussi (fangirl jap). The heroine always starred in movies. She barely do dramas.

5. Sky & Ocean
MOVIE NI SANGAT MENYENTUH HATI. GO WATCH IT. Cerita pasal seorang remaja (Haneul) yang otak dia tak berapa nak betul sikit, terpaksa duduk sorang2 dalam apartment dengan kucing & violin dia. Lepastu ada sorang perempuan ni band singer (Bada), masuk dalam hidup Haneul lepas Bada ni kena buang dgn parents dia. Walaupun at first  Bada cam tak faham perangai childish Haneul, last-last dorang kawan. Then ada satu mamat ni, Jin-gu pun jadi kawan diorang disebabkan satu kejadian. Takde cinta-cinta eh dlm movie ni. It's all about friendship! Tacing tengok sobs carik tisu lap air mata.

6. Daddy Long Legs
 
It's about love but you don't realize the love is very near to you. Hah camtulah, taktahu nak kata camne lagi. Tapi cite ni bukan happy ending :((

7. My Sassy Girl
 
Hollywood ada buat remake filem ni kot. Tajuk pun sama jugak. Go watch it. Funny. Perempuan tu comel hahaha pastu ganas dalam movie ni. Oh kalau nak tahu heroin dia Jun Jihyun, hero dia Cha Taehyun.

8. My Boyfriend is Type B
Dua orang bertemu dan perempuan ni suka kat lelaki tu. Pastu dorang couple. Tapi perangai lelaki tu kadang2 menyakitkan hati. Last2 perempuan ni pun minta putus. Lelaki ni pun menyesal blablabla bersatu kembali.

9. Sunny


GO WATCH THIS MOVIE!!!!! I feel like crying ok. Bergenang air mata. Cerita ni pasal ketua kumpulan Sunny, yg menghidap penyakit pastu dia nak jumpa ahli kumpulan dia masa sekolah dulu. Pastu ada flashback masa dorang sekolah apa semua. Serius best!!!!!!!!! Happy ending :) Ni movie persahabatan ok. 

10. A Millionaire's First Love
Another touching story. Kecik-kecik jumpa lepastu terpisah. Pastu bila jumpa balik, lelaki tu dah lupa si perempuan. Perempuan ni pulak menghidap penyakit yg boleh membawa maut. Lelaki ni yg jutawan, atas sebab2 tertentu kena tinggal kat tempat yang sama dengan perempuan tu. Lelaki ni pun suka kat perempuan ni. Tapi................. Sad ending :((

11. Ride Away
Not a typical love story film. It's about a girl, moving into a new town. He then met a guy there. Dia suka dekat lelaki tu tapi lelaki tu dah ada gf. Gf dia pulak sakit-nak-mati-dah-pun. Girl tu tahu dia ada gf cuma dia cuba lah supaya lelaki tu lupakan gf dia sebab lelaki tu layan dia pun baik je kan. Konon ada harapan gitu. Tapi, walaupun gf lelaki tu dah meninggal, lelaki tu pergi camtu je. Pitiful girl.

12. Windstruck
 
Cerita ni menarik tapi banyak sangat scene "dying" & "attempting suicide". But overall okay lah movie ni. Jun Jihyun did a great job as a policewoman hehe :p

13. Babo
Ada Ha Ji Won!!!!!! She looks very young & beautiful :'D Ah cite ni pasal seorang lelaki yang kehilangan sedikit keupayaan otak sebab satu kemalangan. Sejak tu, perangai dia macam tak betul sikit. Orang panggil dia "Babo" = Bodoh. Dia ada adik tapi adik dia selalu malu dengan dia. Yelah, ada abang camtu en. Si Babo ni ada bestfriend lelaki. Then Ha Ji Won yg baru balik oversea pun kawan dengan dia. Sebab dulu masa sekolah memang dorang kawan pun. Tapi............. sad ending :< Tapi yang aku tak paham cerita pasal bestfriend Babo ni. Cam tergantung camtu je hm entahlah.

14. Il Mare

IL MARE = THE SEA. Ni cerita time-travel. When it comes to a time-travel story, you have to think hard. Cus it's somehow confusing. Hollywood ada buat remake filem ni, The Lake House. It's about a guy and a girl writing letters to each other. Tapi dorang tinggal di tahun yang berlainan. The funny thing is they date using letters & instructions to each other. Yelah tak dapat jumpa kan. The guy loves the girl but the girl didn't notice it until it's almost the ending of the movie. Again, the heroin is Jun Jihyun.

15. A Moment to Remember
A love story yang menyedihkan jugak. Tapi ending kena conclude sendiri. So..... sepasang suami isteri ni sangat bahagia tetibe si isteri terkena penyakit Alzheimer. Dia mula lupa ingatan sikit demi sikit. Ada satu heartbreaking part ni, dia panggil suami dia dengan nama ex boyfriend dia pastu cakap I Love You T_T Masa tu lelaki ni nak pergi keje. She's forgetting her husband already warghh sedih sedih, lelaki tu pun menangis kat luar rumah.

Okay I'm done. Sape suruh baca kalau tak suka hahaha.
© Wonderful
Maira Gall