Monday, 30 January 2012

Permainan Facebook

Assalamualaikum. Aku nak menaip pasal pesbuk lah ni. Tak apa kalau takde siapa minat nak baca tulisan kecik ni tapi at least, bacalah tulisan besar gedabak di bawah ini. Huhuhuhu aku copy ayat seorang pemilik akaun Facebook.

‎"Like maksudnya sokong. Jadi, like gambar orang yg tak menutup aurat ialah haram." - Ustz. Azhar Idrus
Credit to Po.

WHOA! Sebelun ni aku err, main like jelah kan. You know, tengok orang edit cantik-cantik lepastu takkan tak like en. Lumrah di facebook (lumrah perempuan), bila nampak apa yang cantik mestilah like. Dah kat Facebook sinonim dengan butang LIKE ni kan. Sometimes bila scroll News Feed, nampak gambar, random je aku like. See? -_- Now dah tahu ni, sila berhati-hati sebelum like gambar orang. Terutamanya yang perempuan tu.

Post ini sangat random.

Monday, 23 January 2012

How I spend my CNY

 Gong Xi Fa Cai, Ang Pow Lai Lai

Hewhewhew kalau awak faham, awak hebat. Ok baru je transfer gambar from phone to laptop, tengah hyper nak masukkan semua. Nak share dekat dalam blog ^^ Kalau upload dekat pesbuk, macam tak menarik pulak hahahaha pun boleh (ikut suka hati lah kan).

Semalam (belum CNY lagi), pergi open house kat Jln Ampang. Kalau tak tahu mana Jln Ampang, sila google uuuuuuuu. Hurm time sampai tu, tak sangka pulak sedara-sedara Singapore turun KL. Seronok jumpa dorang ni. Tapi aku seronok dalam hati je lew. Oh anyway ada yang tak dapat datang (Sedihnya......) Tumpang dengar mak-mak berborak je huhuhuhu. Insecure lah tengok Athirah (anak tuan rumah) punya outfit. Ummi cakap dia nampak macam cowboy eh...... cowgirl. With her perfect and all. Ok tak snap gambar dia pulak. Segan ni. Segan. 

Ada marshmallow, coklat, gula-gula, hmm apa lagi? Favorito!
Sila teka apa yang lelaki berbaju merah itu sedang buat. Hahaha
That's me! Abaikan tudung saya.
Datin-datin vogue. Yang bertudung berbaju purple tu tuan rumah. 
Yang berTshirt hitam tu tuan rumah. Hiwhiwhiw geng Abah.
After open house tu pergi Gombak. Balik rumah, sampai around 1am. Fuhh memang meriah lah dengan mercun-mercun tu, orang beraya katakan. Ambang TAHUN BARU CINA. Nasib baik dapat tidur. Orang lelaki tengok bola kan semalam? I know~~~~~~~~~

Hari ni (The CNY), aku ingat duduk rumah je. Tetiba Abah ajak pergi KL. Kosong okay KL. I mean takdelah kosong, adalah minoriti kereta di jalan raya. Lepas settle kerja, kita pergi Gombak (bukan Gombak yang semalam punya, lain tempat). Lepastu dinner, and then tadaaaaaa here I am, typing these. Cerita tamat. Mana tepukan? Ok takde eh? Sedih....................... (Hipokrit)

Assalamualaikum, selamat malam, selamat bercuti. Jangan lupa buat homework ye!~

Saturday, 21 January 2012

Hunger

*bersin* Hallu hallu aku tengah selesema ni, entah bila start aku pun tak tahu lah. Haihh nasib baik cuti Tahun Baru Cina seminggu, takdelah mengganggu prestasi di sekolah. Lol whutthe.

What's for lunch today? I don't know. Let's fill up our tummy with these ............
Yummmm sedapnya biskut tu sedapnya marshmellow tu uhukz
Kecilnya portion. Nak lagi nak lagi nak lagi!!! *ketuk pinggan pakai pisau*
Sedap sedap sedap! Aku bagi matahari, tak bagi bintang dah. Lol pun boleh.
Simple black & white cupcakes. Uhh how I wish I can bake these.
Nampak sedap tapi......... aku tak makan tomato kbai.
Kek lagi? Huh aku ni minat kek tapi bukan sembarangan kek.
Ada kek yang aku makan lepastu aku rasa nak muntah.
Tapi ada kek yang sangat sedap sehingga aku nak lagi dan lagi. Lol k.
Boleh buat sendiri kat rumah. Letak beberapa scoop ice cream lepastu letak Hershey  syrup and tabur cornflakes. Hahaha cornflakes tu alternatif kekacang bagai tu ah. Lepastu serve dekat adik-adik, confirm dia tak malas kalau kau suruh buat apa-apa. Eh?

Semua gambar diambil dari Tumblr aku sendiri. Follow me ^^ <-- Publisiti mahalan.
*bersin* Okay selamat bercuti, dan beraya bagi kaum Cina. Assalamualaikum :) x

Thursday, 12 January 2012

School for life (y)

Hi. School life is getting busier. Lol ok a few seconds ago I was asking myself why do I type in English? Hahaha okay marilah menaip dalam Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara kita, MALAYSIA. Wah bangganya si Fatihah ni kan. Disebabkan mata pelajaran Science & Mathematics sudah ditukar kepada Sains & Matematik (Bahasa Melayu), jadi kenalah biasakan dengan Bahasa Melayu ok. Apa entah aku merapu ni.


English literature
I've finished reading the new novel for Form 3, How I Met Myself. I was devouring into it for almost an hour. Yep, I really read it for almost an hour. For a bookworm like me, there's no problem in finishing the novel in a short time. Plus the story line is very interesting.

Komsas
Okay, dah dapat pun novel baru dan antologi untuk Tingkatan 3. Dah bukan "Sehijau Warna Daun" tu lagi ye. Sekarang ni untuk antologi ialah "Harga Sebuah Lukisan" dan novel pula, bertajuk Merenang Gelora. Eh novel Merenang Gelora tu biasa je lah. Jalan cerita takdelah menarik sangat huwhuwhuw dahlah tebal 260 muka surat. English punya tipis je, 100 lebih camtu je.
p/s Aku rasa Badri tu macam gila kuasa. Lokman pun tak tahu pasal Meng Kong. Lol ok ni pandangan je.

-----------------------------------------

Ok kehidupan pelajar sekolah memang sangat sibuk lagi menyibukkan. Alhamdulillah dah habis dengan Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA). Lepasni hafalkan ayat hafazan je (Lucky thing masa cuti tu dah hafal ayat hafazan yang panjaaaang tu sikit demi sedikit uhukz
Untuk KH, buat kerja kursus dan kerja kayu. Wosh itu yang aku rasa mencabar tu. Dengan kekurusan dan kekurangan otot kat lengan ni, nak menukul memahat segala tu memang kekurangan tenaga. Next week mula buat kerja kayu ni -_-
Setakat ni, cikgu takde cakap pasal folio lagi. Hm tunggulah nanti kalau dah ada folio, memang sangat sibuk lah nak siapkan folio.
Lagi satu perkara yang kurang digemari saya di sekolah, aktiviti kokurikulum. Yeah kurang gemar, bukan tak gemar langsung! Ada beza tahu?! Hmph Sabtu ni perjumpaan Unit Beruniform. Aku macam biasalah, setia dengan Bulan Sabit Merah Malaysia. Untuk kelab/persatuan dan permainan entah bila perjumpaan pertama. Tahun lepas elok je sekolah bagi jadual, tahun ni takde jadual yang ada tarikh-tarikh perjumpaan tu. Mende tah.

Ok enough for now, kalau aku nak tambah lagi nanti aku edit lah mwahaha.
Salam :)

Saturday, 7 January 2012

Minggu pertama persekolahan

Oooooookaaaaayyyyyyyyy memandangkan saya tengah ada idea nak update sekarang, jadi saya akan menaip sekarang. Lol okay mood saya tengah baik jadi saya gunakan kata ganti diri nama yang sopan. Baiklah, mari kita mula start. Eh?

Hari #1
Selamat datang ke sekolah setelah sekian lama tidak ke sekolah ya. Hm takdelah rasa macam first day, rasa macam biasa je. Uhuk uhuk pelik kan saya ni? Saya ikut kawan saya lepastu kitorang gerak pergi perkarangan dewan. Oops tapi saya tak jumpa kawan sekelas lagi. Sedih tau time tu. Tetibe nampak bebudak lelaki kelas saya, takkan nak menjerit "Hi" kat dorang. Segan okay, ramai orang ye dekat situ.

Tiada muka-muka pelajar perempuan 3 Cekal pun. Lepak ah dengan bebudak perempuan 3 Setia kejap. Bila dah nampak je, terus serang Christine Leong! Hehehe she's my girl lol. Rambut dia dah potong pendek. (Saya tak potong rambut pun sepanjang tahun 2011) Kita masuk dewan sekolah yang diberi nama Dewan Seri tu sama-sama dan dia pun tanya "Any familiar faces?". Saya tengok sekeliling dan menggelengkan kepala. Haihh mana entah semua kawan-kawan kesayangan ni. Ok sayang sikit je x)

Eh apesal panjang sangat cerita dia ni? Okay minta maaf ye, sila bersabar............ Seterusnya semua mula membanjiri dewan dan dewan menjadi riuh rendah. Bosan tahu tunggu bila ah perhimpunan nak mula. Pandang kiri (barisan lelaki) ada muka baru. Okay Anas dari 2 Mulia tahun lepas masuk kelas kitorang pulak~ Perhimpunan bermula. Ketua Pengawas tahun 2011, Kak Azreen ada wibawa kay. Nyanyian macam biasa lepastu ucapan cikgu cikgu cikgu cikgu cikgu. Hah rasanya ada lima cikgu yang bercakap selama lebih kurang 15 hingga 20 minit setiap seorang. Kasihan kami............. Punggung terseksa. Kaki kejang. Badan berpeluh-peluh. Hahahaha. 7.30am hingga 10.05am ya perhimpunan rasmi pertama sekolah saya. Dah pecah rekod Selangor agaknya.

Masa rehat, ada muka-muka baru pandang saya. Saya terus berjalan ke kantin tanpa mempedulikan mereka. Kahkahkah senyum pun tidak. Sebagai senior, janganlah bagi muka sangat *masukkan emoticon jelir lidah* Dah habis makan naik kelas untuk belajar. Bagus sangat kerana tahun ini dapat bangunan baru. Guru tingkatan (Pn Kok Lee Chan) masuk and settle-kan semua benda. Ketua tingkatan & penolong sama macam tahun lepas. Saya jadi....................... Penolong Bendahari! Waktu Geo en, lawak je masa En Muskam cakap camni "Hari ni kita akan mula start belajar". MULA START? MULA START? Okay takpe jangan bahan cikgu. Balik rumah dengan hanya satu kerja rumah. Ok lah tu.


Hari #2
Tak nak cerita panjang-panjang sebab semalam amat memenatkan. Ya, terasa hari tersebut sangaaaaaaaaaaat panjang. Sibuk nak tengok jam, nak balik rumah, nak tidur. Sekali dah balik rumah tak boleh tidur. Semalam banyak kerja lah jugak. Tak terlalu banyak tapi penat tahu? KH dengan cikgu baru, Puan Suriani. Dia cam garang sikit. Masa Science, dalam makmal, semua dah cop tempat kat depan. Before this I always sit in front you know?!!! Sedih je duduk barisan kedua. Tapi takpelah................ Masa BM, cikgu bagi tajuk suruh bercakap kat depan. Mwahaha bagus betul cikgu ni, dia cakap nak tengok otak kitorang semua ni dah berkarat ke tak >< Alah bercakap je pun, tapi cuak gak, ingatkan isi dah mantap en sekalinya cikgu kata "Alaaa bagi lah ayat kaw kaw sikit". Er saya dah 'rusty' cikgu, bak kata Ahmad bin Muhammad Razali (Tahun lepas 2 Kreatif, masuk kelas kitorang)

Hari #3
Hari ini lah............. 7.15 pagi, semua turun ke dewan untuk bacaan Yassin. Tradisi sekolah setiap pagi Jumaat. Lepas dah habis tu teruskan pembelajaran seperti biasa. Hari ni semua keliru sebab tahun ini kitorang balik 12.30 tengah hari untuk hari Jumaat. Masa rehat, ada yang rehat 9.40 pagi, ada yang rehat 10.00 pagi. Amende tah. Pengawas pun taktahu. Memang sangat kacau-bilau. Elok je saya tengah makan, pengawas kata dah habis rehat padahal baru pukul 10 pagi. Masa nak naik kelas, ada pulak kawan yang pergi turun bawah nak makan. Apakah ini? Biarlah. Perkara menggembirakan apabila dapat melaksanakan tugas sebagai penolong bendahari~ Yeay kumpul duit. Meja pertama yang diketuk dengan saya ialah meja Anas lepastu Chong lepastu Wei Kit lepastu Nazrie lepastu Brian lepastu Kah Shing! Fuyoh hafal aje kan *angkat kening*
   *ketuk meja* Bayar 4 ringgit!! <-- Macam orang minta hutang je.
Balik rumah. Boleh rehat sepuasnya kerana tiada kerja sekolah........................................ Eh kejap, ada karangan BM yang ditangguh semalam! Dayum -_-
P/s Bas sekolah saya penuh. Huh sengaja nak duit lebih tapi penumpang tidak selesa. Saya terpaksa berdiri tahu? Rasanya first day sekolah je dapat tempat duduk. Tak sukaaaaaaaaaaaaaaaaa! Saya ni dahlah kurus, beg pulak isi macam-macam, berdiri dalam bas lagi, amat mudah untuk tumbang. Japgi nak sms Abang Bas suruh dia fikirkan keselesaan kami. Alah syarikat tu takkan takde bas atau van extra kot. Lol budak ni ikut suka hati dia je kan? *angguk kepala*

Log in Twitter terus nampak angka bertuah ini hahahaha siapa unfollow siap! Ceh tak kisah lah nak follow ke unfollow ke follow unfollow follw ke. K assalamuaikum.

Tuesday, 3 January 2012

New Year at PD


I know today is the second day of 2012 but it's okay.......... The picture above said it. I'm not too late, right? We had family vacation at PD yay
© Wonderful
Maira Gall