Saturday, 7 January 2012

Minggu pertama persekolahan

Oooooookaaaaayyyyyyyyy memandangkan saya tengah ada idea nak update sekarang, jadi saya akan menaip sekarang. Lol okay mood saya tengah baik jadi saya gunakan kata ganti diri nama yang sopan. Baiklah, mari kita mula start. Eh?

Hari #1
Selamat datang ke sekolah setelah sekian lama tidak ke sekolah ya. Hm takdelah rasa macam first day, rasa macam biasa je. Uhuk uhuk pelik kan saya ni? Saya ikut kawan saya lepastu kitorang gerak pergi perkarangan dewan. Oops tapi saya tak jumpa kawan sekelas lagi. Sedih tau time tu. Tetibe nampak bebudak lelaki kelas saya, takkan nak menjerit "Hi" kat dorang. Segan okay, ramai orang ye dekat situ.

Tiada muka-muka pelajar perempuan 3 Cekal pun. Lepak ah dengan bebudak perempuan 3 Setia kejap. Bila dah nampak je, terus serang Christine Leong! Hehehe she's my girl lol. Rambut dia dah potong pendek. (Saya tak potong rambut pun sepanjang tahun 2011) Kita masuk dewan sekolah yang diberi nama Dewan Seri tu sama-sama dan dia pun tanya "Any familiar faces?". Saya tengok sekeliling dan menggelengkan kepala. Haihh mana entah semua kawan-kawan kesayangan ni. Ok sayang sikit je x)

Eh apesal panjang sangat cerita dia ni? Okay minta maaf ye, sila bersabar............ Seterusnya semua mula membanjiri dewan dan dewan menjadi riuh rendah. Bosan tahu tunggu bila ah perhimpunan nak mula. Pandang kiri (barisan lelaki) ada muka baru. Okay Anas dari 2 Mulia tahun lepas masuk kelas kitorang pulak~ Perhimpunan bermula. Ketua Pengawas tahun 2011, Kak Azreen ada wibawa kay. Nyanyian macam biasa lepastu ucapan cikgu cikgu cikgu cikgu cikgu. Hah rasanya ada lima cikgu yang bercakap selama lebih kurang 15 hingga 20 minit setiap seorang. Kasihan kami............. Punggung terseksa. Kaki kejang. Badan berpeluh-peluh. Hahahaha. 7.30am hingga 10.05am ya perhimpunan rasmi pertama sekolah saya. Dah pecah rekod Selangor agaknya.

Masa rehat, ada muka-muka baru pandang saya. Saya terus berjalan ke kantin tanpa mempedulikan mereka. Kahkahkah senyum pun tidak. Sebagai senior, janganlah bagi muka sangat *masukkan emoticon jelir lidah* Dah habis makan naik kelas untuk belajar. Bagus sangat kerana tahun ini dapat bangunan baru. Guru tingkatan (Pn Kok Lee Chan) masuk and settle-kan semua benda. Ketua tingkatan & penolong sama macam tahun lepas. Saya jadi....................... Penolong Bendahari! Waktu Geo en, lawak je masa En Muskam cakap camni "Hari ni kita akan mula start belajar". MULA START? MULA START? Okay takpe jangan bahan cikgu. Balik rumah dengan hanya satu kerja rumah. Ok lah tu.


Hari #2
Tak nak cerita panjang-panjang sebab semalam amat memenatkan. Ya, terasa hari tersebut sangaaaaaaaaaaat panjang. Sibuk nak tengok jam, nak balik rumah, nak tidur. Sekali dah balik rumah tak boleh tidur. Semalam banyak kerja lah jugak. Tak terlalu banyak tapi penat tahu? KH dengan cikgu baru, Puan Suriani. Dia cam garang sikit. Masa Science, dalam makmal, semua dah cop tempat kat depan. Before this I always sit in front you know?!!! Sedih je duduk barisan kedua. Tapi takpelah................ Masa BM, cikgu bagi tajuk suruh bercakap kat depan. Mwahaha bagus betul cikgu ni, dia cakap nak tengok otak kitorang semua ni dah berkarat ke tak >< Alah bercakap je pun, tapi cuak gak, ingatkan isi dah mantap en sekalinya cikgu kata "Alaaa bagi lah ayat kaw kaw sikit". Er saya dah 'rusty' cikgu, bak kata Ahmad bin Muhammad Razali (Tahun lepas 2 Kreatif, masuk kelas kitorang)

Hari #3
Hari ini lah............. 7.15 pagi, semua turun ke dewan untuk bacaan Yassin. Tradisi sekolah setiap pagi Jumaat. Lepas dah habis tu teruskan pembelajaran seperti biasa. Hari ni semua keliru sebab tahun ini kitorang balik 12.30 tengah hari untuk hari Jumaat. Masa rehat, ada yang rehat 9.40 pagi, ada yang rehat 10.00 pagi. Amende tah. Pengawas pun taktahu. Memang sangat kacau-bilau. Elok je saya tengah makan, pengawas kata dah habis rehat padahal baru pukul 10 pagi. Masa nak naik kelas, ada pulak kawan yang pergi turun bawah nak makan. Apakah ini? Biarlah. Perkara menggembirakan apabila dapat melaksanakan tugas sebagai penolong bendahari~ Yeay kumpul duit. Meja pertama yang diketuk dengan saya ialah meja Anas lepastu Chong lepastu Wei Kit lepastu Nazrie lepastu Brian lepastu Kah Shing! Fuyoh hafal aje kan *angkat kening*
   *ketuk meja* Bayar 4 ringgit!! <-- Macam orang minta hutang je.
Balik rumah. Boleh rehat sepuasnya kerana tiada kerja sekolah........................................ Eh kejap, ada karangan BM yang ditangguh semalam! Dayum -_-
P/s Bas sekolah saya penuh. Huh sengaja nak duit lebih tapi penumpang tidak selesa. Saya terpaksa berdiri tahu? Rasanya first day sekolah je dapat tempat duduk. Tak sukaaaaaaaaaaaaaaaaa! Saya ni dahlah kurus, beg pulak isi macam-macam, berdiri dalam bas lagi, amat mudah untuk tumbang. Japgi nak sms Abang Bas suruh dia fikirkan keselesaan kami. Alah syarikat tu takkan takde bas atau van extra kot. Lol budak ni ikut suka hati dia je kan? *angguk kepala*

Log in Twitter terus nampak angka bertuah ini hahahaha siapa unfollow siap! Ceh tak kisah lah nak follow ke unfollow ke follow unfollow follw ke. K assalamuaikum.

4 comments

NuRhAnI aFiFaH said...

fatihah , ajarkan saya bertwitter . Har har xD

Fatihah Ory said...

Hani, biasakan diri je. Nanti lama lama fahamlah dgn Twitter.

aulia said...

Wow.. Penolong bendahari tu. Jangan main-main. :p
Dekat jadual waktu kan dah mentioned kat situ rehat pd hari jumaat start 9.30 pg. Kenapa still ada yg confuse?

Fatihah Ory said...

Jadual kelas akak takde mention camtu pun taw. Tu lah pasal semua confused and cikgu pun takde bgtahu apa apa. Dahlah balik lewat T__T

© Wonderful
Maira Gall