Saturday, 25 February 2012

252

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Wah panjang salam saya kan. Jawab cepat. Oh okay hi awak yang tengah baca ni. Banyak aktiviti saya buat hari ini. Sangat produktif. Bukan produktif yang ... ye. Jangan fikir pelik-pelik boleh tak?! Eh tetibe.

Actually takde gambar lagi untuk kursus kepimpinan pengawas koperasi. Dari 8 pagi sehinggalah 1 petang. Best sangat kursus tu. LDK lah paling best. Fasilitator semua akak-akak dan abang-abang form 6. Alolo so cute n_n Masa talentime tu kitorang buat koir (eh yeke koir). Nyanyi ramai-ramai lagu apa entah. Akak fasi ajar. Masa Pengurus Besar Koperasi (Pn Azizah Saad) nak umumkan pemenang........... kitorang berharap lah menang kan sebab kitorang buat cam lagi bagus dari team lain tapi tak menang. Melepaslah hamper tu D: Cikgu kata persembahan sekejap sangat. Yelah, lagu pendek je. Dua rangkap! Nevermind takde rezeki nak buat cemana. Congratz team Hari Khamis!

-------------------------------------------

Petang tu takde kerja nak buat en (ada sebenarnya tapi sengaja buat-buat macam tak ada), pergilah online. Kalau online, apa lagi, Twitter & Tumblr lah! Anyway, ada download lagu jugak tadi. Mp3 asyik lagu lama je, radio pulak kadang-kadang tak clear -_- Hm petang-petang tu terus ada niat nak skipping. Tanya Ummi then Ummi bagi. Lepas solat Asar, keluar rumah dan mula skipping. Tetibe hujan renyai-renyai....................... Tapi hujan panas lah. Lepas lima minit, hujan berhenti, gerak taman permainan. Jogging sikit, main sikit, hahaha biasalah dah lama tak enjoy main kat taman *batuk batuk* 

Adik saya yang comel dan bambam.
Pokok berbunga di taman. Ahah mende.
Lepastu jenjalan pusing taman perumahan.  Sampai rumah, adik ajak main badminton. Akak dia on jeh ah. Dah semangat nak keluarkan peluh berbaldi. Ceh melampau. Tengah main tu, Abby tegur. Dia kawan sekolah rendah dulu. Lama tak nampak walaupun rumah dia kat lorong sebelah je. Hm lepas tu kan, kan, kan, kan............. (berapa banyak kan ni dey) Abby puji saya cantik. Hiwhiw kembang lah I. Dahlah muka berminyak berpeluh-peluh pun boleh puji cantik. Hm lain orang, lainlah sudut pandangannya. #EhYeke




Hari ini bagi saya sangat best lah. Walaupun, agak memenatkan. Esok ada Seminar PMR 1Malaysia di UM. Nak ikut? Lolwhut mana boleh kena bayar tau. Sekian, wassalam x

No comments

© Wonderful
Maira Gall