Thursday, 26 April 2012

Sukantara

Minggu kesibukan. Sebab ada kelas tambahan dari Isnin - Khamis. Eh tapi hari Isnin takde, cikgu cuti weehoo. Ok sehari je lah takde kelas tambahan a.k.a prep. Sukantara. Yeah macam aku ni nak datang lah kan. Tapi......... ok kena datang sebab nanti kesian rumah sukan aku. Walaupun rumah sukan aku ni bukannya yang hebat mana tapi aku masih ada perasaan belas kasihan ye lawlee.


Isnin tu buat acara bleep test or apa entah nama dia tapi blip blip blip tu lah. Sampai level 2.7 je rasanya uhuk uhuk sekejapnya aku pancit. Sungguh tak bertenaga langsung. Dapat 1 point je. Then akak Quarter Master tambah lagi 2 points utk pakaian & kehadiran kot? Wahaha bagus bagus at least takdelah sumbangkan 1 point je kan. Lontar peluru aku tak buat. Balik awal. Nenenene~


Hari ni terpaksa pergi lagi sebab nak ganti hari Isnin punya. Kalau tak pergi habis nama naik ke pentadbir. Semua wajib hadir sukantara ni. Aku nak buat lontar peluru je. Punyalah lama tunggu nak lontar benda tu. Gahhhh kepanasan. Pastu pastu pastu aku dapat 2 points je untuk lontar peluru. Amalia dapat 6!!! Tapi dia rumah sukan lain T.T Dahlah sedih tengok papan mata, rumah sukan aku last kot. Why oh why.

Kami gegurl Zuhal ^^
Tarik tali rumah sukan aku en, lelaki kalah. Perempuan menang. Eh tu yang aku tengok lah. Tak sempat tengok sampai final. Stok badan kecik ye yang lelaki. Huh mana entah pergi yang badan besar tu. Anyway, congrats pasukan tarik tali perempuan rumah Zuhal!!

2 comments

Alia said...

mesti best sukan.. hehe
btw.. sabarjelah^^

Fatihah Ory said...

Bestlah juga. Ha'ah sedih je kalau rumah sukan kita last en

© Wonderful
Maira Gall