Saturday, 25 August 2012

Homemade chocolate cake

Assalamualaikum :) Eh update lagi ye. Haha takpela, ada benda nak taip kan. Okay aku buat kek coklat tadi. Tapi saiz dia kecik lah ek, sebab nak try try je. Kang buat beso2, tak sedap, buat rugi bahan je!

Bahan-bahannya
3 sb tepung
2 sb gula
1 sb serbuk koko
1 sb butter (lebih sikit pun ok)
1 sb susu cair
Telur sebiji
Esen vanilla (letak sikit je tapi aku tak letak pun!)
Baking powder (Secubit je camtu)
Secubit garam

sb= sudu besar

Cara-caranya
1. Campur je semua bahan tu dalam mangkuk kecil/gelas pastu kacau2 sampai sebati. Senang jer!
2. Lepastu masukkan dalam Microwave, kelajuan maksimum, 3 minit sahaja ye. (Bukan oven tau, microwave je, yg nak panaskan lauk tu)

Hasilnya ~
 Kenapa tak kembang aku pun tak tahu lah. Dah kata 1st time cuba en, huhu

Hiasan : Panaskan coklat masakan lalu sapu disekelilingnya *drools*

So far kek ini sedap, tapi keras sikit, tak lembut. Kenapa keras? Entahlah. Aku guna susu pekat, bukan susu cair. Adakah itu penyebabnya? Hahahaha tak kisah lah.

Resipi asal yang diubahsuai sedikit dari laman web Zoom Yummy --> 5 Minute Chocolate Mug Cake


Friday, 24 August 2012

RAYA 1433 Hijrah

Assalamualaikum. Gambar raya!~ (Walaupun sekarang dah 6 Syawal)

Sehari sebelum raya (29 Ramadan)
Aktiviti biasa sehari sebelum raya bagi keluarga aku bukan sibuk mengemas nak balik kampung tetapi, mengemas rumah, memasak, isi biskut raya, dsb.

 Satu rombongan datang, boleh terus habis! U understand? Ini sangat sedap. Ummi buat :3

 Apa nama dia eh aku pun tak tahu. Tapi sedap! Ini beli je. 

 Ni pun beli maaaa.

 Almond London pun beli. Ahaks. Sedap juga. Tapi aku tak suka sangat biskut ni sejak dulu.

 Eh eh, hhaha sambil sambil mengemas & mengisi biskut raya tu, kita tengok cerita Ombak Rania ye.

Hari Raya (1 Syawal)
Guess what? I woke up laaaate. Takde siapa kejut haku pun. Sobs. Semua sibuk hal masing-masing. Nasib baik Abah pergi ketuk bilik aku pagi raya itu. Sekali, Abah dah hensem pakai baju Melayu apa semua. Ingatkan aku lewat, rupanya Abah yang dah siap awal. Lega~

 Ok ini baju raya aku. Simple je. Hihi

 Kalau pergi Masjid Besi/Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin wajib ambik gambar kubah dia ni
 Ohho, itu adik aku. Comel kan?


 Gambar family lah ni. Yay yay yay.

 Pengantin lama, eh ibu bapa aku. Abah & Ummi :3

 Ini anak-anak mak bapak aku. Lewls, adik beradik aku lah -_-

 Aku ambik PMR. Adik aku ambik UPSR. WOAAAAA
ps Kau tengok sampin dia tu! Memang tak reti pakai --"

Inilah Perdana Menteri dalam rumah aku hhahaha

Raya kedua hanya ada satu gambar. Ceh sebenarnya ada sikit je gambar tapi takpe, letak satu je. Letak gambar tuan punya blog saja, ye?


Eh dua pulak gambar. iOkay.

Thursday, 16 August 2012

Selamat Menyambut Aidilfitri Daripada Fatihah Ory

Assalamualaikum semua. Saya, Fatihah, nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Skema giler ayat haha k. Anyway, nanti jgn lah main mercun ye. Sila insaf dengan berita tentang bahayanya mercun wuuuu aku pun takut eventho tak pernah main. Tengok orang main pernah lah. Lagi satu, minta maaf kalau aku ada buat silap ye. Manalah tahu dekat pesbuk, ada yang terasa hati. Dekat twitter ke. Atau, dekat blog ini sendiri. Dan juga, yang keluar dari mulut aku sendiri. Mintak maaf banyak-banyak.

pic credit : Google

Seperti kelazimannya, aku raya dekat sini. Takde balik mana-mana. Nanti sembahyang raya dekat Putrajaya, insyaAllah. Pastu gerak KL, Ukay, Gombak, Damansara, etc hahaha will update more lepas raya lah ek. Ramadhan akan pergi, moga kita akan bertemu kembali. Amin.
© Wonderful
Maira Gall