Saturday, 25 August 2012

Homemade chocolate cake

Assalamualaikum :) Eh update lagi ye. Haha takpela, ada benda nak taip kan. Okay aku buat kek coklat tadi. Tapi saiz dia kecik lah ek, sebab nak try try je. Kang buat beso2, tak sedap, buat rugi bahan je!

Bahan-bahannya
3 sb tepung
2 sb gula
1 sb serbuk koko
1 sb butter (lebih sikit pun ok)
1 sb susu cair
Telur sebiji
Esen vanilla (letak sikit je tapi aku tak letak pun!)
Baking powder (Secubit je camtu)
Secubit garam

sb= sudu besar

Cara-caranya
1. Campur je semua bahan tu dalam mangkuk kecil/gelas pastu kacau2 sampai sebati. Senang jer!
2. Lepastu masukkan dalam Microwave, kelajuan maksimum, 3 minit sahaja ye. (Bukan oven tau, microwave je, yg nak panaskan lauk tu)

Hasilnya ~
 Kenapa tak kembang aku pun tak tahu lah. Dah kata 1st time cuba en, huhu

Hiasan : Panaskan coklat masakan lalu sapu disekelilingnya *drools*

So far kek ini sedap, tapi keras sikit, tak lembut. Kenapa keras? Entahlah. Aku guna susu pekat, bukan susu cair. Adakah itu penyebabnya? Hahahaha tak kisah lah.

Resipi asal yang diubahsuai sedikit dari laman web Zoom Yummy --> 5 Minute Chocolate Mug Cake


No comments

© Wonderful
Maira Gall