Sunday, 4 November 2012

Cuti sekolahhhhhhhhhh

Salam.

Esok dah kira hari pertama bercuti sekolah (weekend tak payah lah anggap dah start cuti sekolah en sebab weekend memang tak sekolah) so what do I feel? Uhhhhhhh memang happy lah, tak payah nak pergi sekolah dah bangun pepagi pastu jalan kaki naik bukit sikit pastu lalu dekat taman pastu cakap good morning dengan makcik pakcik cina yg rajin jogging pastu tunggu bas sampai bas datang hewhewhew. Tu rutin setiap pagi nak pergi sekolah pada hari-hari biasa (kalau hujan ke, terlambat ke, exception).

 Adleen ^^ (Dia difriendzone apabila aku dan Sufina ckp pasal kpop haha)
Sufinalah kawan borak aku kalau pasal kpop kekeke

Macam biasa, sekolah aku ni lepas PMR mesti isi masa dengan buat aktiviti-aktiviti dan program-program yang tidak terkata banyaknya (ceh padahal 10 hari je). Selalunya setiap tahun, aktiviti lebih kurang je. Aku tak join benda tu semua, aku pergi join Kem Iqra'. Actually kem ni untuk orang yang tak reti/tak mahir baca Al Qur'an. Memula mana aku tahu aku ingat cam best je kata nak belajar pasal ilmu Quran tapi betullah tu Iqra' kan ilmu Quran hewhewhew. Jadi aku pun belajarlah........... Best okay, kau ingat tak best? Kau sombong cakap "hek eleh aku dah pandai baca Quran, dah khatam berapa kali blablabla". Aishh tak baik cakap camtu. Ustazah cakap, ilmu al Quran ni belajar sampai mati pun tak cukup. Jadi, jangan berhenti belajar. Sepanjang program Iqra' ni memang banyak input aku dapat. Wahhh input gituw. Yelah dulu aku ni bukannya pergi sekolah agama pun, jadi bila belajar tajwid tu aku sedar banyak gila aku taktahu. Hah tahu pun sedar diri en. Ada lagi, pasal makhraj huruf, panjang pendek/harakat, dengung dsb.

 Fatihah dan Nurul Fatihah
 Qatrunnada & me.
 Alwani & me.
 dari kiri. Salsabila - Halimatussadiah - Aishah - Alwani
Balai seri/surau nur iman. Tempat belajar kitorang. Kalau tak kat sini kat musolla.

 -------------------------------------------------
Heartstrings
Postman to Heaven.

Finished watching kdrama Heartstrings. Weehoo! Pastu aku tengok movie Postman to Heaven. Dulu memang nak sangat tengok drama ni tapi takde masa. Aku nak tengok sebab ada Han Hyo Joo. Dia comel dan aku suka tgk dia berlakon. Hero dia Jaejoong (TVXQ). He's okay. Just okay. Aku tak kenal pun dia. Terkejut aku dgr suara dia. Tak macam lelaki korea yg lain (ehhh).  Best jugak movie ni. Ending dia ada macam cerita Tooth fairy tu lol. Kan ni cerita mengarut pasal heaven lah apa lah, aipp muslims jgn nak terpengaruh dahlah. Buat biasa je! Aku perasan yang lighthouse dalam cite Heartstrings tu sama dengan lighthouse yang dalam cerita Postman to Heaven. Terkenal sangat ke lighthouse tu? Dekat mana lah agaknya? Dekat ke dgn Seoul? Hurm~

Patiently waiting for another episodes of Innocent Man. Yeah, aku tak pernah kenal Song Joong Ki sebelum ni tapi Moon Chae Won dah familiar. Dia punya lakonan pun tambah bagus skrg ni. Fighting!!~

3 comments

Aulia said...

"Cakap good morning dengan makcik pakcina yg rajin jogging"- Menunjukkan betapa ramahnya penulis blog ni. haha xD

Anyway, cuti ni k-drama marathon je ke?

Atifah Zulkifle said...

setuju dengan Aulia :D

Fatihah Ory. said...

Aulia : Eh takdelah, tunjukkan rasa hormat je. Kata 1Malaysia xD Lebih kurang lah.... Kalau dah boring tengok, stop kot hihihihi.

© Wonderful
Maira Gall