Thursday, 20 December 2012

8A tak penting?!?!

Salam....

Semalam hari yang amat bermakna untuk semua pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia. Hari keputusan PMR diumumkan. Tahu tak tahu tak masa aku tengok MHI semalam, hos dah salah info. Dorang ingat hari ini result keluar. Hekhekhek nasib baik dorang reti cover. Eh selingan pulak tetibe. Ok, semalam aku pergi sekolah dengan family. Lengkap weh. Abah, Ummi dan adik-adikku dua orang tu. Haaaaaaa kemain semangat mereka datang bersamaku. 9.40 pagi sampai pintu pagar, tengok sepi semacam je, sekali pak guard kata pukul 12 tengah hari baru boleh ambik. WHAAAAAATTTTTTTT LAMANYAAAAAAAAAA. No way lah nak check guna SMS. No no no no. Tak surprise. Nak tengok slip jugak!

Pukul 11.30 macam tu dah berkumpul depan dewan. Pastu beberapa minit kemudian bolehlah masuk mengikut kelas masing-masing. Mula-mula je kelas aku beratur, lepastu terabur dah. Haihhh sungguh tidak sabar nampaknya mereka ni. Adleen pergi ambik dulu pastu dia tunjuk kat aku dgn Sufina. Bila kitorang dah tengok baru dia tengok. Seronoklah dia dapat straight A's!!!!! Pastu aku pulak pergi dekat guru tingkatan. Dia cakap - tahniah, straight A's. Aku dah macam gelabah sikit sebab cikgu tak tunjuk mana slipnya. Pastu bila cikgu tunjuk je terus aku tengok AAAAAAAA. Phewwww alhamdulillah :') Kerja kursus pun semua cemerlang. Lepas ambik sijil-sijil yang berkenaan, aku terus keluar bagitahu family result. YAYYYY!! Sufina, dia 7A 1B.......... Tengok dia macam shock sikit. Actually aku pun terkejut sebab dia memang calon 8A. Taktahu lah dia nak buat semakan semula atau tidak.

Apa-apa pun, semalam merupakan hari yang menggembirakan. Mengapa? Sebab dapat mengeratkan silaturahim dengan kawan-kawan lama dan kawan-kawan yang kenal di internet. Masing-masing sibuk tanya keputusan. Hehehe seronok seronok! 

Picture 1 - http://instagram.com/p/TaYGuutBJu/ (Ni depan dewan lepas bagitahu family result aku hehe)
Picture 2 - http://instagram.com/p/TaYojJtBKB/ (Ni masa nak balik dah. Makan brownies yay!)

Ps/ Sorry lah gambar kena bukak link bagai. Gambar yang diambil semalam ada kat phone lagi.

2 comments

Budakkacamata said...

wah, tahniah yer dapat straight A.

aulia said...

Tahniah akak!!!! Mesti parents bangga kan? :DD

© Wonderful
Maira Gall