Thursday, 6 December 2012

Korean Movies

Salam.

Ok dah tahu tajuk camtu takkan nak cite pasal makanan ke mainan pulak kan. Nak share apa movie yang aku dah tengok sepanjang cuti sekolah ni. Selalunya layan drama je kan, hmm tukar angin jap ah. Penat dah tengok drama :p Drama yang aku tengok sekarang cuma I Miss You/Missing You yang kena tunggu tayangan Rabu & Khamis setiap minggu. Selain drama tu dah tak tengok apa-apa drama. Layan movie je memanjang.


1. Heaven's Postman

Ni aku dah pernah post kan jadi taknak cite lah. Okay takpe cite sikit. Heaven's Postman, macam tajuknya juga memang cerita pasal seorang lelaki yang mengepos surat ke syurga. Dia terjumpa seorang wanita lalu mereka pun jatuh cinta. Heartbreaking story jugak. Tapi siyes suka tengok Jaejoong. His presence itself dah buat diriku jatuh wakakaka.

2. He Was Cool
Cite pasal lelaki gangster terjatuh cinta dekat perempuan yang tak sengaja tercium dia. Funny movie. Mostly focus on friendship,gang fights.
Ps: heroin cite ni dah takde kat dunia ni. erm she killed herself. (terjumpa pasal ni time tgh search pasal movie ni)

3. 4th Period Murder Mystery

Woohoo ada Yoo Seung-ho lah!!! Masa tu dia still 16 tahun ahak ahak muka dia still cam childish sikit lagi lah kan. Cite ni pasal penyiasatan kes pembunuhan dalam kelas. Masa tu 4th period semua orang tengah PJ. Not so scary to me. Bebudak je mah. Seung-ho is very cute here.

4. Always/Only You
Movie ni pulak pasal perempuan buta dan bekas ahli gusti. Dorang terjumpa. Lepastu lama-lama jatuh cinta. Sedih jugak hm hm. Seo Jisub is a handsome ahjussi (fangirl jap). The heroine always starred in movies. She barely do dramas.

5. Sky & Ocean
MOVIE NI SANGAT MENYENTUH HATI. GO WATCH IT. Cerita pasal seorang remaja (Haneul) yang otak dia tak berapa nak betul sikit, terpaksa duduk sorang2 dalam apartment dengan kucing & violin dia. Lepastu ada sorang perempuan ni band singer (Bada), masuk dalam hidup Haneul lepas Bada ni kena buang dgn parents dia. Walaupun at first  Bada cam tak faham perangai childish Haneul, last-last dorang kawan. Then ada satu mamat ni, Jin-gu pun jadi kawan diorang disebabkan satu kejadian. Takde cinta-cinta eh dlm movie ni. It's all about friendship! Tacing tengok sobs carik tisu lap air mata.

6. Daddy Long Legs
 
It's about love but you don't realize the love is very near to you. Hah camtulah, taktahu nak kata camne lagi. Tapi cite ni bukan happy ending :((

7. My Sassy Girl
 
Hollywood ada buat remake filem ni kot. Tajuk pun sama jugak. Go watch it. Funny. Perempuan tu comel hahaha pastu ganas dalam movie ni. Oh kalau nak tahu heroin dia Jun Jihyun, hero dia Cha Taehyun.

8. My Boyfriend is Type B
Dua orang bertemu dan perempuan ni suka kat lelaki tu. Pastu dorang couple. Tapi perangai lelaki tu kadang2 menyakitkan hati. Last2 perempuan ni pun minta putus. Lelaki ni pun menyesal blablabla bersatu kembali.

9. Sunny


GO WATCH THIS MOVIE!!!!! I feel like crying ok. Bergenang air mata. Cerita ni pasal ketua kumpulan Sunny, yg menghidap penyakit pastu dia nak jumpa ahli kumpulan dia masa sekolah dulu. Pastu ada flashback masa dorang sekolah apa semua. Serius best!!!!!!!!! Happy ending :) Ni movie persahabatan ok. 

10. A Millionaire's First Love
Another touching story. Kecik-kecik jumpa lepastu terpisah. Pastu bila jumpa balik, lelaki tu dah lupa si perempuan. Perempuan ni pulak menghidap penyakit yg boleh membawa maut. Lelaki ni yg jutawan, atas sebab2 tertentu kena tinggal kat tempat yang sama dengan perempuan tu. Lelaki ni pun suka kat perempuan ni. Tapi................. Sad ending :((

11. Ride Away
Not a typical love story film. It's about a girl, moving into a new town. He then met a guy there. Dia suka dekat lelaki tu tapi lelaki tu dah ada gf. Gf dia pulak sakit-nak-mati-dah-pun. Girl tu tahu dia ada gf cuma dia cuba lah supaya lelaki tu lupakan gf dia sebab lelaki tu layan dia pun baik je kan. Konon ada harapan gitu. Tapi, walaupun gf lelaki tu dah meninggal, lelaki tu pergi camtu je. Pitiful girl.

12. Windstruck
 
Cerita ni menarik tapi banyak sangat scene "dying" & "attempting suicide". But overall okay lah movie ni. Jun Jihyun did a great job as a policewoman hehe :p

13. Babo
Ada Ha Ji Won!!!!!! She looks very young & beautiful :'D Ah cite ni pasal seorang lelaki yang kehilangan sedikit keupayaan otak sebab satu kemalangan. Sejak tu, perangai dia macam tak betul sikit. Orang panggil dia "Babo" = Bodoh. Dia ada adik tapi adik dia selalu malu dengan dia. Yelah, ada abang camtu en. Si Babo ni ada bestfriend lelaki. Then Ha Ji Won yg baru balik oversea pun kawan dengan dia. Sebab dulu masa sekolah memang dorang kawan pun. Tapi............. sad ending :< Tapi yang aku tak paham cerita pasal bestfriend Babo ni. Cam tergantung camtu je hm entahlah.

14. Il Mare

IL MARE = THE SEA. Ni cerita time-travel. When it comes to a time-travel story, you have to think hard. Cus it's somehow confusing. Hollywood ada buat remake filem ni, The Lake House. It's about a guy and a girl writing letters to each other. Tapi dorang tinggal di tahun yang berlainan. The funny thing is they date using letters & instructions to each other. Yelah tak dapat jumpa kan. The guy loves the girl but the girl didn't notice it until it's almost the ending of the movie. Again, the heroin is Jun Jihyun.

15. A Moment to Remember
A love story yang menyedihkan jugak. Tapi ending kena conclude sendiri. So..... sepasang suami isteri ni sangat bahagia tetibe si isteri terkena penyakit Alzheimer. Dia mula lupa ingatan sikit demi sikit. Ada satu heartbreaking part ni, dia panggil suami dia dengan nama ex boyfriend dia pastu cakap I Love You T_T Masa tu lelaki ni nak pergi keje. She's forgetting her husband already warghh sedih sedih, lelaki tu pun menangis kat luar rumah.

Okay I'm done. Sape suruh baca kalau tak suka hahaha.

No comments

© Wonderful
Maira Gall