Saturday, 23 March 2013

Cuti!


Yep cuti. Cuti penggal pertama. Seminggu cuti. Homework pun ada ok, bukan takde. Bukan pelajar namanya kalau homework tak diberi. Tapi tak ada lah banyak sangat, bolehlah...... Tapi mid-year dah nak dekat. Aishhh banyak kena ulang kaji, takleh nak main-main sangat ni spm tahun depan (ceh spm jugak), okay mid year exam lagi sebulan lebih je. Cuti ni tak pergi bercuti ke mana-mana. Mari duduk rumah dating dengan internet dan kerja sekolah.

xo

Sunday, 17 March 2013

[REVIEW] Skin Care Products

buat benda ni jap lah. benda apa? review. hah, benda tu la. sebab dekat sini aku ada tulis aku nak buat benda ni kan. haaa jadi kena lah buat. ok ok.


Aku bukan banyak blackheads/whiteheads pun. Beli pun sebab nak try je. Aku siap bagi Adleen 1 untuk try lagi. Haha ok so.........
Benda ni nak tanggalkan memang agak kepedihan di situ. Tapi ok jelah takdelah sakit gilaaaaaaa. Bau dia agak menyengat dan benda ni hanya mengeluarkan 3 whiteheads aku. Dah pakai 4 kali rasanya tapi sekali je yang berjaya, lain semua hampeh takde melekat apa pun dekat strip tu. Yang berjaya tu masa aku letak dekat dagu. Kat hidung takde yang tanggal pun T_T Hurm pasni taknak beli benda ni lagi wkwkwk

Bila pakai ni ada cool effect. Rasa sejuk. Tapi, sekejap jer! Bau dia ok. 
Benda ni akan keringkan jerawat tapi kadang2 tak ada kesan pun dekat aku.
Adalah dua tiga kali berjaya tapi yang lain jerawat dia stay camtu je.
Benda ni kata boleh kurangkan bakteria lah amende lah tapi kat dagu aku memang tempat jerawat ok. Lepas satu, satu lagi keluar. APAKAH? Agak-agak sikit buat manifesto tu.
Tapi, masih berpuas hati dengan kejayaan di tempat lain (maksudnya jerawat yang bukan kat dagu harhar)

aku pakai selama 1 jam lebih dan dia mengurangkan 50% kehitaman dark circle itu.
okaylah. jadi takdelah visible sangat kan. tapi taknak beli lagi dah benda ni.

tinggal yang warna purple je tak pakai lagi. maksudnya yang pearl powder and mulberry tu lah.
yang lain semua best. haha sebab aku tak pernah pakai mask sebelum ni kecuali yang homemade punya jadi bila pakai sheet mask ni rasa lain. essence dia banyak gila pastu dia lembab woooooo sedapje bila pakai. rasa sejukkkkkk haaaa bestnya. aku suka yang aloe vera, setakat ni. pastu lepas pakai mask muka akan jadi lembab lah ofkos. biasanya aku pakai mask memalam pastu dah tanggal, gi tido. yay.

Pelembab
Cair ok cair. Entah kenapa. 
Bila dekat tangan cam melekit sikit tapi bila dah letak kat muka, ok.
Bau dia entah lah bau apa, aku tak suka ><

Penyegar/Toner
Ada bau aloe vera. Ok je bau dia aku boleh je bau aloe tapi bila bau lelama rasa macam egh.
Lepas sapu rasa segar haha (dah kata nama dia penyegar en).
Not bad lah this thing. I will buy again (tapi nanti tukar jenama lain pulak)

Scrub
Lepas pakai rasa macam waaaaaa lembut gila muka aku weh!!! Syiok syiok! Pakai pencuci muka pun tidak selembut pakai skrub muahaha.
Ada bau kiwi sikit (rasanya lah tu bau kiwi harhar)
Best best best! Nanti beli lagi kalau dah habis!

Body Scrub
Haha sebenarnya bukan shower gel lah tapi body scrub. Aku ah tak baca betul2. Kalau skrub dah tentulah ada manik2 tu kan. Sebelum ni mana pernah aku beli body scrub jadi bila guna je rasa pelik. Seperti skrub di atas, kulit menjadi licin. Yeeaaaaaaaa. Tapi sedih ah bau rose dia tak kuat pun (rasa macam sikit je bau rose dia hmmm). Tapi beads dia macam kasar sangat bagi aku. 

Ok tu je. Perlu kah aku tulis lagi? Macam lame je aku buat review. 

Projek

cikgu suruh buat model tamadun jadi hm kumpulan kitorang buat tembok besar china. ada kumpulan yang buat piramid, partheon dsb. semalam dah hantar. yay!




Kawan-kawanku yang gigih buat model Tembok Besar ini ; Adleen, Aisyah, Annisa, Elisa, Batrisyia. Aku tolong sikit je T_T Nampak kan macam Tembok Besar, bukan istana kan? Ustazah cakap macam istana je huuuuuu sedih :<

lain-lain




ok nak update lagi. tapi buat post baru.


#throwback bulan lepas, karnival kurikulum. simulasi tawaf & saie.


dengan adleen hayati.

© Wonderful
Maira Gall