Sunday, 7 December 2014

Big Bad Wolf 2014

Jumaat lepas kembali ke sekolah semula!! Untuk pulangkan buku teks yang dipinjam semula. Mostly bebudak semua datang nak pulangkan buku teks Sejarah je.

Inilah tempat aku berjuang semasa peperiksaan SPM hari tu
Lepas tu terus pergi The Mines. Sanjif tumpangkan sebab dia dgn mak dia pun nak shopping buku kat Big Bad Wolf.

I really like this. Like x100
3.5 Million of books

Banyak sangat buku dan tempat dia sangatlah besar. Kalau nak tengok satu per satu memang sehari pun tak cukup. Cuba check website BBW tengok ada tak buku yang berkenan. Pastu carilah bila dah sampai sana. Staffs will provide us with box so don't worry if you don't bring your bag/luggage. Ada orang siap bawak trolley pergi pasar tu lagi, takpe bawak je apa-apa ikut kesesuaian. Aku tak beli banyak pun, just a few novels to read. Maybe nanti nak pergi lagi dengan parents, nak beli buku resipi ke...


Movie after Big Bad Wolf
Venue: MIECC The Mines
Time: 5 December - 16 December 2014 (24 hours sale) 

credit: BBW Website

Thursday, 4 December 2014

Ice skating at IOI City Mall

Pergi hari Rabu so tak ada lah ramai sangat orang macam weekends. RM28 per entry (school holidays/ public holiday/ weekends) and + glove (RM9) and socks (RM6). RM43 semuanya. Kalau dah ada stoking tu tak payahlah bayar RM6 lagi. Lepastu sewa locker RM2.

Ice skating rink at night (lagi sikit orang kalau malam)
Kitorang daripada jamuan kat rumah cikgu. Lepastu terus pergi IOI City Mall ni. Beli tiket yang 3pm. Every two hours dia akan bersihkan(?) and lepas 30 minit boleh masuk lah. Serius best ice skating ni. Mula-mula macam awkward nak jalan sebab berat sangat kasut dia. Bila dah masuk rink, tak rasa berat dia sebab licin je kan. Mula-mula memanglah pegang tepi je haha beginner katakan. Lepastu dah pandai sikit-sikit, sebab ada pro ajarkan, ehem ehem Adleen. Nasib baik Adleen ada weeeeee~ Jatuh tu dah jadi perkara biasa. Kalau jatuh ada orang gelak pun, pedulikan je k. Lagipun ada staf dalam tu boleh tolong angkat tak payah risau. Ada photographer kat dalam tu kalau nak bergambar berposing mintaklah dia ambik gambar. Nanti kat luar dah habis main sila claim gambar, kalau nak bayar lah RM15. Nantia dia print in form of calendar. Kitorang tak beli sebab gambar blur sikit, shaky. Apa punya photographer sabar je lah.

We became taller for about a few hours because of the shoes
(me, annisa, adleen, zarina, batrisyia, elisa)
The pro on the left.
Nak balik dah
It was fuuuuuun. Let's go together again sometimes ;)
Skating partner of the day (alo time ni Zarina dah balik)
Christmas theme at the center
IOI City Mall at night

Before we went here to ice skate, we had a class gathering at Pn Noraini's house. Guru tingkatan 5Setia yang disayangi. Terima kasih cikgu sebab masak banyak-banyak. Semua sedap-sedap belaka!!!! We filled our tummy thanks to you




SAYANG KORANG SEMUA ♥

Monday, 1 December 2014

Sebelum dia pergi

Keluar jalan dengan Amalia hari Khamis lepas. Dua hari lepas SPM. Nak tengok Mockingjay Part 1 katakan. Setahun dah tunggu okay. Kalau boleh lepas SPM terus nak pergi tengok tapi hari Rabu tak boleh, adik aku ambik keputusan UPSR. Alhamdulillah dia dapat 5A. Macam tu lah adik akak ye.

First thing sampai The Mines, terus beratur nak beli tiket wayang. Dah ramai orang jugak tapi tak lamalah beratur. Sampai around 11 lebih, so beli tiket wayang untuk 1.40PM. Pastu terus pergi makan. 

Pizza date
Lama dah tak makan sup cendawan ni uish
Then ada masa lagi, jalan-jalan lah tengok kedai. Dah selalu sangat dekat The Mines ni so masuk je lah mana-mana kedai pun kan. Pastu kena lah masuk fitting room ambik gambar #ootd ceh. Kebetulan fashion item kitorang sama hari ni: denim blouse


Pastu masuk lah panggung pada masanya. Strict pulak TGV siap check beg bagai. Kesian bubble tea orang semua kena ambik. Mockingjay Part 1 was seriously //feelssssss// everywhere I tell you. Peeta I wish to see you more. Tapi okaylah banyak jugak screentime Peeta. 

What we did after the movie? Photo taking time. Pergi tempat arcade tu beli token for photobooth. RM13. Gelabah jugak nak edit nak tekan amende dia nak pun taktahulah. Last-last hasilnya macamtulah. Ada gambar portrait yang senget jadi landscape. Adoi mesin tu lah, langsung tak difahami. Buat-buat faham je sudah.


-----------------------------------------------------

Sabtunya pulak pergi IOI City Mall. Tengah popular mall yang baru bukak ni. Semua orang nak cepat-cepat tengok apa ada kan. Bau baru lagi jadi sila lah pergi cepat. Parking pun for the mean time masih free. Tapi susah kalau bebudak macam kami ni nak pergi sebab takde public transport pergi sana. Kalau orang Putrajaya tak tahu lah, ada bas kot? So pergi sana ayah Amalia yang hantar kitorang,

Sampai je terus pergi section makanan. Makan dulu baru pergi jalan-jalan. Makan kat Manhattan Fish Market. Time tu dah 12 tengah hari camtu. Dah order apa semua, borak-borak pastu tengok ramai orang queue nak lunch. Perghh nasib baik kitorang awal. Ramai orang ok IOI City tu.

Healthy lunch! Grilled fish everywhere yay. Lupa aku order apa. Panjang nama dia lahai,
Lunch for two cost around RM70+ be ready. Kita yg tak kerja ni kena pandai-pandai jimat. Banyak restoran kat sini pilih je lah nak makan apa. Western ke, korean ke, japanese ke. Serius banyak dari hujung ke hujung. Semua kat tingkat paling bawah dekat satu section ni. Memang semua makanan je. Restoran makanan korea je sampai dua! Dubu-dubu & B.bap.

Lepas makan pergi h&m. Amalia nak shopping. Sekarang F/W so baju semua macam takdelah bright sangat. Warna semua macam warna-warna F/W lah. Takde sale lagi hurm.... Cuma ada discount macam '2nd pcs at 70%'. Kalau nak rasa murah sila pergi Singapore. Tengok price tag bahagia je sebab rendah tapi dollar lah hahahaha.

Pastu jalan-jalan lah masuk Tony Moly, Nature Republic, Kitschen, Monkl, etc etc apa lagi lah kedai yang kitorang masuk. Tapi Etude House tak nampak pulak. Siapa gemar nak produk kecantikan korea datanglah IOI City ni dah boleh beli aloe vera gel yang tengah popular sekarang. Dekat Nature Republic iols terjatuhkan hiasan EXO kat dinding tu. Eh pastu pekerja dia macam "Habislah i matilah i" Rilek lah rilek. Dia pulak gelabah. Pastu dia macam "Hello ada apa you nak cari?" kat kitorang. Weols tengok-tengok je mana nak beli, weols bukan peminat exo uhuks sorry.



Balik rumah lebih kurang 9.30PM. Bukannya dekat IOI City selama tu, kitorang pergi Bangi lepas tu. Parents Amalia ajak dinner. Dinner @ Homst, Bangi Getaway. First time jejak kaki kat Getaway, aku bukannya selalu pergi Bangi. Okaylah tudung murah-murah haha i loike. Kimono cardi pun ada jual.

Tarikan IOI City Mall - Ice skate
Rink bersaiz Olimpik katanya. Bolehlah try kalau nak. Weekend serius ramai orang. Yang beratur ramai, yang dah siap dengan kasut tengah tunggu turn pun ramai. Pergi weekdays lah mungkin kurang sikit. Tapi sekarang musim cuti sekolah kan, so tak tahulah. Plannya, this week nak pergi skating dengan kengkawan. Harap-harap jadilah. Kalau nak try, harganya lebih kurang RM50 seorang termasuk add ons.

Amalia will be going away. Huwaaaaaaaaaaaa. Rindu kau nanti. Jaga diri tau! xo
© Wonderful
Maira Gall