Monday, 1 December 2014

Sebelum dia pergi

Keluar jalan dengan Amalia hari Khamis lepas. Dua hari lepas SPM. Nak tengok Mockingjay Part 1 katakan. Setahun dah tunggu okay. Kalau boleh lepas SPM terus nak pergi tengok tapi hari Rabu tak boleh, adik aku ambik keputusan UPSR. Alhamdulillah dia dapat 5A. Macam tu lah adik akak ye.

First thing sampai The Mines, terus beratur nak beli tiket wayang. Dah ramai orang jugak tapi tak lamalah beratur. Sampai around 11 lebih, so beli tiket wayang untuk 1.40PM. Pastu terus pergi makan. 

Pizza date
Lama dah tak makan sup cendawan ni uish
Then ada masa lagi, jalan-jalan lah tengok kedai. Dah selalu sangat dekat The Mines ni so masuk je lah mana-mana kedai pun kan. Pastu kena lah masuk fitting room ambik gambar #ootd ceh. Kebetulan fashion item kitorang sama hari ni: denim blouse


Pastu masuk lah panggung pada masanya. Strict pulak TGV siap check beg bagai. Kesian bubble tea orang semua kena ambik. Mockingjay Part 1 was seriously //feelssssss// everywhere I tell you. Peeta I wish to see you more. Tapi okaylah banyak jugak screentime Peeta. 

What we did after the movie? Photo taking time. Pergi tempat arcade tu beli token for photobooth. RM13. Gelabah jugak nak edit nak tekan amende dia nak pun taktahulah. Last-last hasilnya macamtulah. Ada gambar portrait yang senget jadi landscape. Adoi mesin tu lah, langsung tak difahami. Buat-buat faham je sudah.


-----------------------------------------------------

Sabtunya pulak pergi IOI City Mall. Tengah popular mall yang baru bukak ni. Semua orang nak cepat-cepat tengok apa ada kan. Bau baru lagi jadi sila lah pergi cepat. Parking pun for the mean time masih free. Tapi susah kalau bebudak macam kami ni nak pergi sebab takde public transport pergi sana. Kalau orang Putrajaya tak tahu lah, ada bas kot? So pergi sana ayah Amalia yang hantar kitorang,

Sampai je terus pergi section makanan. Makan dulu baru pergi jalan-jalan. Makan kat Manhattan Fish Market. Time tu dah 12 tengah hari camtu. Dah order apa semua, borak-borak pastu tengok ramai orang queue nak lunch. Perghh nasib baik kitorang awal. Ramai orang ok IOI City tu.

Healthy lunch! Grilled fish everywhere yay. Lupa aku order apa. Panjang nama dia lahai,
Lunch for two cost around RM70+ be ready. Kita yg tak kerja ni kena pandai-pandai jimat. Banyak restoran kat sini pilih je lah nak makan apa. Western ke, korean ke, japanese ke. Serius banyak dari hujung ke hujung. Semua kat tingkat paling bawah dekat satu section ni. Memang semua makanan je. Restoran makanan korea je sampai dua! Dubu-dubu & B.bap.

Lepas makan pergi h&m. Amalia nak shopping. Sekarang F/W so baju semua macam takdelah bright sangat. Warna semua macam warna-warna F/W lah. Takde sale lagi hurm.... Cuma ada discount macam '2nd pcs at 70%'. Kalau nak rasa murah sila pergi Singapore. Tengok price tag bahagia je sebab rendah tapi dollar lah hahahaha.

Pastu jalan-jalan lah masuk Tony Moly, Nature Republic, Kitschen, Monkl, etc etc apa lagi lah kedai yang kitorang masuk. Tapi Etude House tak nampak pulak. Siapa gemar nak produk kecantikan korea datanglah IOI City ni dah boleh beli aloe vera gel yang tengah popular sekarang. Dekat Nature Republic iols terjatuhkan hiasan EXO kat dinding tu. Eh pastu pekerja dia macam "Habislah i matilah i" Rilek lah rilek. Dia pulak gelabah. Pastu dia macam "Hello ada apa you nak cari?" kat kitorang. Weols tengok-tengok je mana nak beli, weols bukan peminat exo uhuks sorry.



Balik rumah lebih kurang 9.30PM. Bukannya dekat IOI City selama tu, kitorang pergi Bangi lepas tu. Parents Amalia ajak dinner. Dinner @ Homst, Bangi Getaway. First time jejak kaki kat Getaway, aku bukannya selalu pergi Bangi. Okaylah tudung murah-murah haha i loike. Kimono cardi pun ada jual.

Tarikan IOI City Mall - Ice skate
Rink bersaiz Olimpik katanya. Bolehlah try kalau nak. Weekend serius ramai orang. Yang beratur ramai, yang dah siap dengan kasut tengah tunggu turn pun ramai. Pergi weekdays lah mungkin kurang sikit. Tapi sekarang musim cuti sekolah kan, so tak tahulah. Plannya, this week nak pergi skating dengan kengkawan. Harap-harap jadilah. Kalau nak try, harganya lebih kurang RM50 seorang termasuk add ons.

Amalia will be going away. Huwaaaaaaaaaaaa. Rindu kau nanti. Jaga diri tau! xo

No comments

© Wonderful
Maira Gall