Saturday, 3 January 2015

Bekerja kali pertama

Ingatkan lepas buat blog ni bolehlah selalu nak update kan. Nampak gaya macam tak je. Ni dah start kerja, memang penat lah. Sehari je cuti dalam seminggu. Penang trip pun tak update lagi dalam blog. Huwaaaaaaaaa bila ni nak masukkan ㅠㅠ

Hari tu cari kerja dengan Syahreel. Dekat AEON Taman Equine. Aku dapat masuk awal, Krismas lagi dah masuk. Syahreel masuk 30 Dec rasanya. Tapi tempat kerja lain-lainlah. Ada perbezaan jugak kerja kitorang. Syahreel kerja restoran, gaji pun masyuk lah kan. Makan pun dapat free rasanya. Hmm kerja aku gaji basic RM900 je. Entahlah nanti dapat berapa. Hari-hari rehat seorang-seorang makan kat food court. Bawak bekal je lah. Kadang-kadang je beli kat sana. Satu pinggan nasi ayam pun RM6 lebih termasuk tax, kalau hari-hari makan situ memang gaji aku burn je lah

Hari pertama masuk kerja, ingatkan awal lagi so relax lah dulu kan. 8:45 baru nak gerak. Sekalinya masuk dekat pintu salah. Pakcik guard cakap yang ni pintu untuk staff stor je. Adoi pastu aku tanya lah orang lain camne nak masuk, ikut pintu mana, dsb. Malu bertanya sesat jalan. Akhirnya jumpa jugaklah pintu tu. Terima kasih kepada semua yang membantu. Lewat 5 minit phew phew. Akak acting supervisor tu tak marah, cuma dia kata 'Lepas ni masuk kerja pukul 9 eh'. Hari pertama tak belajar jadi juruwang aka cashier lagi. Jadi susun barang & layan pelanggan je. Walaupun begitu, balik rumah kepenatannya tetap dirasai. Berdiri lama tu. Wuish memang lepas hari pertama rasa macam taknak kerja dah. Fikir bila nak berhenti je. Tapi alhamdulillah sampai sekarang masih bertahan
© Wonderful
Maira Gall