Friday, 8 May 2015

Pengalaman ambil ujian memandu JPJ


Tarikh ujian dah tahu awal, sebab instructor saya iaitu Kak Pura dah booking test awal-awal. Keluar je lesen L aku, dia terus masukkan nama untuk JPJ test pada 6 Mei 2015. Aku belum mula pun kelas memandu lagi dah dapat tarikh ujian. Masa tu aku macam, hm relaks lah ada dua tiga minggu lagi

Dua tiga minggu tersebut akhirnya menjadi sehari sebelum hari ujian. Lepas balik je dari kelas terakhir dengan Kak Farah, aku dok macam tak percaya je esok dah kena test -_- Malam-malam tu study balik Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) & Rutin Selamat Memandu (RSM) supaya takdelah free free je markah kena tolak. Untuk ujian Bahagian II (Litar), markah lulus ialah 56/70. Ujian Bahagian III (Jalan raya), markah lulus ialah 64/80.

Untuk pengetahuan awak semua, aku tak buat QTI pun. QTI tu apa? QTI ni pre-test. Kira macam trial lah. QTI ni IMKEDA yang buat. Bukan JPJ. Yang nilai time QTI test ialah tenaga pengajar IMKEDA sendiri. Kalau lulus, baru diorang booking test JPJ. Malangnya, aku tidak dihantar buat QTI pun sebab mungkin dah yakin kot aku lulus hehw lagipun cepat sikit dapat tarikh ujian JPJ. 

Bismillah. Okay nak mula dah cerita pasal hari kejadian

7.20 pagi dah gerak dari Pinggiran Putra menuju IMKEDA di Cheras. Pergi dengan Kak Nadia (kerani IMKEDA Pinggiran Putra) sebab Kak Pura, Kak Farah, Encik Pian semua kena ambik student lain. Sampai je kat IMKEDA, dah terasa debarannya. Huish sabar jelah. Aku bawa bekal air mineral dua botol dengan roti Twiggies je. Sampai sana, Kak Nadia jumpa Abang Jo iaitu salah seorang tenaga pengajar IMKEDA Cheras. Borak-borak dengan dia. Aku pun baru kenal Abang Jo ni, Tak pernah tahu pun sebelum ni. 

Pergi papan kenyataan, tengok senarai nama. Kak Nadia ni datang untuk test jugak sebenarnya. Dia dapat Sesi 1, nombor 8. Aku sesi 2, nombor 41. Pastu pukul 8.30 pagi camtu gerak pergi blok C, untuk dengar taklimat oleh pegawai JPJ. Encik Kushairi kalau tak silap nama dia. Segak benar, dah boleh jadi pramugara tak pun pilot terus gahaha. Kalau datang lewat, memang terlepas taklimat dan akan kena marah dengan Kak Jah. Kak Jah ni uruskan calon-calon yang ujian pada hari tu. Mana tak stress dia kalau orang tak dengar arahan. Lepas dah habis dengar taklimat, calon Sesi 1 pergi daftar dulu. Aku kena keluar lah, duduk kat luar sebab Sesi 2. Berkenalan lah dengan orang sebelah bagai. Borak-borak. Nasib baik senang jumpa orang sama umur. 

Lama jugak tunggu dekat luar tu. Tengok calon Sesi 1 dah mula dibahagikan. Calon nombor 1-20 buat jalan raya dulu. Calon nombor 21-43 buat litar. Kitorang perhati je lah calon-calon yang dah start test ni. Siap kira masa yang diambil lagi untuk diorang start test jalan raya sampailah dorang balik semula. Memang takde kerja dah kitorang. Budak sebelah aku pun sama jugak, kitorang dah malas nak baca nota bagai. Awal pagi je rajin ahaha. Dok perhati je calon mana yang pegawai JPJ pandu balik kereta. Hm tak ramai la. Rata-rata calon berjaya bawa balik kereta ke IMKEDA. 

Dalam pukul 10 macam tu, Sesi 2 kena masuk dalam untuk pendaftaran. Keluarkan kad pengenalan & lesen L. Beratur ikut nombor giliran. Encik Kushairi ambik IC & lesen L pastu dia suruh ambik nombor & tag untuk dipakai. We are known for our numbers. Kak Jah kat luar memang panggil nombor je, takdenya panggil nama. Kena peka kalau nombor dipanggil. Aku Sesi 2, nombor 41. Lepastu tunggu kat luar balik. Lama benar. Rasanya Sesi 1 pun tak habis lagi time tu. Then kitorang dipanggil. Sesi 2, nombor 21-43 kena bergerak ke litar untuk buat litar dulu. Member yang duduk sebelah aku tu Sesi 2 tapi nombor 16, so terpisahlah kitorang. Jalan di bawah terik matahari dari blok C menuju ke pondok menunggu di litar. Tunggu beberapa minit camtu then Encik Kushairi panggil Sesi 2 nombor 37-43 untuk buat jalan raya. Aku dah cuak woi. Macam perghh awat tetibe ni takkan lah Sesi 1 dah habis semua, pelbagai persoalan bermain di minda. Dia bawak kereta so three by three pergi balik ke blok C. Nasib baik naik kereta.

Sampai sana, menunggu lagi. Aku ingatkan, sampai sana kitorang dah terus kena test jalan raya. Rupa-rupanya Sesi 1 pun tak habis lagi. Memang menguji kesabaran. Time ni, kenal dengan dua orang kawan lagi. Sesi 2 sama dengan aku, dorang nombor 43 dengan nombor 38. Seorang nama Zafirah seorang lagi apa eh nama dia, aduh lupa pulak sebab banyak sangat tegur-tegur orang sampai mix up nama. Time tu borak-borak je lah dengan diorang sambil menunggu nama dipanggil untuk ujian. Sampailah pukul 1, nama tak dipanggil. JPJ called for a break until 2pm. Kitorang gerak pergi surau pastu takde siapa selere nak makan. Borak2 pasal RPK nak kasi refresh. Ada yang cerita pengalaman test on the road, buat rpk. Kalau pergi JPJ test, rajin-rajin tegur orang pastu tanya pengalaman. Tak pun tegur je, pasti dorang cerita pengalaman. Itupun kalau diorang test awal dari korang lah ye.

Lepas rehat je aku duduk kembali di Blok C. Menunggu dipanggil untuk test. Ada akak sorang ni pinjam kasut aku. Dia Sesi 1 nombor 40. Aku setuju je sebab ingatkan lambat lagi giliran aku. Nombor dia dipanggil, lepastu dia pergi test jalan raya. Lepas 15 minit, dia tak balik-balik lagi. Aku dah risau sebab nombor aku dah dipanggil. Tu yang aku terkejut, cepat benar kan? Lepastu giliran aku tiba. Kereta sampai. Nasib baik tu kereta akak yang pinjam kasut aku tadi. Aku dah pinjam kasut orang lain sebenarnya. Then kat luar kereta kitorang cepat2 tukar kasut, pastu aku bagitahu selipar dia kat kerusi paling depan sekali. Tips: Jangan pakai selipar pergi ujian JPJ. Berpakaian formal ok! Masa tu dah pukul 3 lebih. Bayangkan, dari pagi aku tunggu, pukul 3 lebih baru sampai giliran. Bersabar ya!

Ujian di jalan / On the road test
Bukak pintu belakang kereta, letak beg. Bukak pintu depan, bagi salam kat encik JPJ. Aku minta maaf kat dia sebab lambat sikit masuk kereta (yelah dah kata tukar kasut tepi kereta tadi tu hahaha).
"Sorry encik, lambat sikit sebab tadi tukar kasut dengan akak tu"
"Kenapa tukar kasut?"
"Dia pinjam kasut saya"
"Mana kasut dia?"
"Dia pakai selipar"
"Ok dah mulakan"
Pastu aku start lah RSM. Tersasul sikit time buat RSM sebab enjin dah hidup. Aku minta izin dan tutup enjin, dia kata tak payah. Part 'memastikan penunjuk panel instrumen berfungsi' tu tak dapat nak buat dengan sempurna lah sebab time tu lampu amaran handbrake je yang ada. Dia suruh cakap je. Aku cakap je lah apa yang ada kat situ tapi ada kena tolak markah sebab salah cakap. Then bagi signal, terus jalan. Dia sindir "Dik kalau saya bawak basikal ni confirm lagi laju, tekan minyak dik". Biasalah nervous jugak awal-awal, pastu aku tekan je lah minyak ikut cakap dia. Sebelum keluar ke jalan raya ada satu kesalahan yang aku buat. Tak ingat apa. Dia cakap "Kalau awak buat lagi sekali ni dik, saya gagalkan awak". Lepas dia cakap camtu aku terus buang perasaan gemuruh jauh-jauh. Terus fokus pada pemanduan. Adalah sekali sekala dia bersuara suruh tekan minyak sebab slow sangat. I wanted to play save only huhuhu.Tips: Ikut je cakap JPJ, jangan lawan. Nanti dia marah karang, susah. Aku U-turn dengan baiknya, padahal sebelum ni selalu makan jalan orang hahaha alhamdulillah. Lepastu sampai traffic light aku relaks nasib baik tak mati enjin. Kereta dah jalan, aku pun jalan semula. Ada dua traffic light kat situ, aku keliru sebab ingat traffic light lagi satu rosak. So aku jalan lah, nasib baik JPJ tu suruh berhenti. "Dik, merah tu dik" He helped me wuuu so thankful. Nasib baik tak ikut kereta depan yang langgar lampu merah. Masuk highway, aku tak tukar gear 3 dengan lancar, aku rasa sebab tu kena potong markah yang 'gagal menggunakan gear yang sesuai' dekat borang markah. The rest went smoothly. Except for one situation where a road user didn't tolerate with others. Suka hati dia je cross jalan aku. Encik JPJ tu hon kereta tu untuk aku. Because I was supposed to drive to the road on my right but the car came from the right and didn't give way to me. Ha tak payah bayangkan lah. Anggap je kereta tu drive ikut suka hati dia tanpa fikir pengguna jalan raya yang lain. Gituwww. Pastu sampai IMKEDA balik, aku dah lega. Dia cakap "Nasib baik lah awak drive sampai balik ke sini" Aku nak tergelak je. Sis hanya mampu tersenyum lega. Dah berhenti tu, dia kira markah, setelkan borang, pastu suruh aku tanda tangan. Bangga je tengok dia tick dekat kotak LULUS tu. Alhamdulillah, I passed my on the road test with 73/80 marks.

Keluar kereta terus pergi ke Kak Jah tapi kena marah sebab patutnya kena pergi litar. Dah tak dapat berfikir dengan baik sebab gembira agaknya. So jalan lah di tengah terik mentari menuju pondok menunggu di litar. Pondok menunggu tu bersebelahan dengan bukit dan pondok RPK. Tak tengok orang buat RPK, tengok orang buat bukit.

Pondok RPK

Tips menunggu di pondok menunggu: Kena alert bila nama dipanggil untuk buat RPK. Jangan borak kuat-kuat tak ingat dunia. Tak pun jangan terlalu asyik bermain smartphone sampai tak dengar orang lain panggil. Kalau dipanggil kena terus gerak lelaju kalau boleh lari je ye. Jangan jalan lenggang kangkung nanti kena marah. Kalau mood  pegawai JPJ tak baik, memang kena marah.

Ujian di litar
RPK & RSM
"Sesi 2 nombor 41", dengar je nombor dipanggil terus aku sumbat nota RPK masuk dalam beg pastu kelaur dari pondok menunggu. Jalan menuju ke pondok RPK gaya tergesa-gesa. Lari-lari anak sikit. Dapat pegawai JPJ lelaki yang akan menilai. Ada ura-ura cakap kalau dapat pegawai JPJ yang perempuan memang sakit sikit sebab dia tegas. Aku dah ready perkenalkan nama lepastu nak tunduk ke bawah tengok kebocoran minyak, tapi pakcik tu kata buat enjin dengan but sahaja. Dah petang masa tu. Around 4.30pm kot. Aku terangkan lah apa yang ada kat enjin tu mengikut POWDER. Tips: Jangan main cakap je paras air mencukupi padahal kau tak tengok pun. Sebab kereta yang aku dapat, tangki air wiper dia kosong, tangki air simpanan pun kosong. Dah habis semua, dia puji aku. "Bagus betul awak ni" ehehehe kembang jap. Tak sia-sia menghafal. Pergi ke but belakang, terangkan tools apa yang ada dan juga tayar simpanan. Jangan lupa okay nanti kena tolak markah! Then masuk kereta, buat RSM. Yup, 2 kali kena buat RSM. Satu masa test jalan raya, lagi satu lepas buat RPK di litar. Lepas dah habis RSM, dia suruh sign borang pastu hantar borang ke pondok untuk buat bukit.

Mendaki Bukit
Aku belajar pakai kereta Viva tapi time test semua kancil. Sebenarnya boleh request, tapi aku macam hm takpelah kita redah je pakai Kancil. Ada je tenaga pengajar IMKEDA yang bertugas kat situ, boleh minta kat mereka nak kereta lain. Abang Jo ada kat situ, pastu dia suruh aku naik kereta Kancil satu ni. Aku macam Ya Allah usangnya kereta ni, boleh ke lepas ni. Tapi Abang Jo yakinkan aku kereta tu okay so aku naik je lah. Nak betulkan seat pun terkial-kial time tu. Abang Jo berdiri sebelah kereta aku pastu bagitahu cara nak lepas bukit. Sebab dia tahu aku belajar dengan Kak Pura pakai Viva. Dia cuba nak bagi tips saat-saat terakhir camni. Patutnya tak boleh. Tapi laju sangat dia cakap sampai aku punya otak proses sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Pegawai JPJ bagi arahan suruh naik. Aku pun hm tekan minyak. Dah sampai line kuning tu terus brek. Aku rasa tayar aku macam tak tepat atas garisan kuning, so nak mintak buat lagi sekali. I didn't even look at the tyres. Nervous sangat! Tapi pegawai tu dah jerit "Jalan!!!" aku pun apa lagi, get ready je lah untuk jalan. Tekan minyak sampai mengaum-ngaum, tak tengok pun RPM berapa. Lepas clutch perlahan-lahan then terus lepas handbrake. Alhamdulillah berjalan ke depan kereta Kancil tersebut. Kat bawah bukit, pakcik IMKEDA yang bertugas suruh berhenti. Terkejut aku sebab ingat aku dah gagal. Dia suruh ambik borang kat pegawai di bukit tu balik pastu hantar ke pondok parking. Aduhhh buat terkejut je. Alhamdulillah lepas jugak bukit walaupun tak pakai Viva.

Memarkir sisi, pergerakan tiga penjuru, selekoh s dan selekoh z
Lepas ambik borang markah dari pegawai di bukit, masuk kereta terus drive pergi parking nombor 6. Aku biasa buat kat parking nombor 3. Parking nombor 6 tu serius sekali je pernah buat. Dahlah pegawai JPJ yang jaga tu perempuan. Aku takut je kot kot dia tegas. Parking nombor 3 tu pegawai JPJ lelaki yang jaga. Bagi borang kat pegawai JPJ, lepastu masuk balik kereta, buat parking. Walaupun body kereta tak berada tengah di atas anak panah, aku buat je lah parking ikut apa yang dah diajar Kak Farah. Patutnya kena pusing stereng 2x kiri, 2x kanan, 2x kanan, 4x kiri ha banyaklah step dia. Tapi sebab kereta yang aku pakai ni, pusing 2x je dah habis. So aku macam ha bantai jelah. Last-last masuk jugak kotak parking dengan berjayanya. Hon, angkat tangan. Dia suruh aku keluar dari kotak parking. Berjaya keluar tanpa langgar garisan.

Menuju ketiga penjuru. Agak gemuruh sedikit sebab aku selalu lambat balas stereng lepas dah reverse. Memang begitu juga terjadi time ujian. Lambat pusing sampai body kereta senget, nasib baik tak langgar garisan. Keluar dengan berhati-hati lalu pergi ke selekoh s. Senang je tak perlu nak kalut pun. Pastu buat selekoh z. Alhamdulillah tak langgar apa-apa. Memang kena berhati-hati jugak kat selekoh z ni sebab kena pusing stereng cepat-cepat.  (Tu yang aku pelik kenapa Kak Pura dok suruh aku practice selekoh s dan z ni sampai dua jam.)

Aku patutnya hantar kereta balik kat bukit, tapi aku pergi drive balik menuju pondok parking tu sebab nak ambik borang. I didn't know that I had to put the car back first. Nasib baik pakcik IMKEDA yang bertugas tu bagitahu suruh hantar kereta dulu masa aku nak menuju ke pondok parking tu. Dah hantar kereta, jalan kaki pergi pondok parking then ambik balik borang markah. Alhamdulillah lega sangat sebab lulus semua. Abang Jo ucap tahniah pastu siap tengok tengok lagi borang markah aku. Hehehe walaupun dia tak pernah ajar aku, dan baru kenal hari tu, aku sangat berterima kasih sebab dia macam jaga aku. Siap bagi tips tu sebelum aku naik bukit walaupun aku tak dapat nak pakai tips dia.

Jalan ke litar menuju pondok C. Bagi borang markah kat Kak Jah. Pulangkan balik tag nombor. Beli sticker P dengan harga RM5. Taknak beli pun takpe. Balik rumah dengan rasa macam tak percaya je dah lulus ujian JPJ. Alhamdulillah, Allah ease everything. Memang aku berazam tak nak ulang sebenarnya. Kalau ulang kena bayar RM200. Nak keluar duit lagi.  Kesian mak ayah kan.

Akhir kata, tak payah takut sangat dapat JPJ lelaki ke perempuan. Satu pengajaran yang aku dapat, ada jugak pegawai JPJ lelaki yang strict. Tak payah dengar cakap orang yang beritahu pasal pegawai JPJ perempuan leceh lah mende lah. Kawan yang aku kenal time test hari tu, dia cerita dia tak lepas keluar IMKEDA lagi dah kena tukar seat. Kesian kot. And pegawai JPJ perempuan yang jaga pondok parking time aku punya test tu, aku rasa dia baik je. Takdelah strict. Cikgu memandu aku, dua-dua perempuan. Rilek je. Kak Farah ajar bagus je. Kak Pura, hmmm dia ajar okay tapi aku lagi suka Kak Farah ajar.
Kepada adik adik yang nak ambik lesen tu, ambillah cepat-cepat lepas habis SPM. Nanti senang dah ada lesen. Kalau tak pun, kerja dulu kumpul duit then dah cukup bolehlah ambik lesen kalau tak nak membebankan ibu bapa. Kalau time belajar nak ambik lesen, kena tunggu cuti sem lah. Kalau tak, ganggu pulak waktu belajar kan.
Til the next post
Assalamualaikum

Thursday, 7 May 2015

Pengalaman mendapatkan lesen memandu

Dah menjadi kebiasaan untuk pelajar lepasan SPM ingin mendapatkan lesen. Memang dari zaman sekolah lagi dah berangan lepas birthday 17 tahun je nak ambik lesen. Jeles tengok senior yang pernah bawak kereta pergi sekolah (masa tu aku form 1 kot). Form 5 tak banyak yang bawak kereta. Rata-rata budak lelaki bawak motor pergi sekolah. Form 6 ada juga sebilangan yang bawa kereta. Hm form 6 bawa kereta tu biasa, ni kalau form 5 bawa kereta, wuish siapa tak jeles. 

Tapi nak dijadikan cerita, aku lepas SPM cuti sebulan jap rilek rilek, baru start nak bekerja. Tiada rasa nak ambil lesen walaupun dah dengar banyak kawan dah mula belajar memandu. Takpe, aku kerja je dulu. Maka, aku pun kerja sampailah tamat bulan Februari. Ye, kerja tak lama pun. Dua bulan lebih je. Tapi alhamdulillah dapat juga merasa gaji hasil kerja keras sendiri. Setelah membuat keputusan, ayah aku suruh daftar untuk kelas memandu. Survey punya survey, ingatkan nak ambik kat Metro Driving Academy, sekalinya ayah aku suruh daftar di IMKEDA atau Institut Memandu Kenderaan Darat. Aku daftar kat ofis IMKEDA cawangan Pinggiran Putra. Masa survey tu sebelum GST, Metro kenakan bayaran RM1600, IMKEDA kenakan bayaran RM1450. Aku daftar dalam bulan Mac.

PERTAMA
Kalau nak belajar memandu kenalah hadir kursus Kurikulum Pendidikan Memandu atau kependekannya kursus KPP 01. Kursus ni memang wajib hadir dan kena dengar sampai habis. Tak ingat bila tapi rasanya 20 haribulan lebih camtu aku hadir kursus ni. 6 jam tempohnya. Ye, mesti kau rasa macam bosan gila nak dengar ceramah lama-lama. Tapi nak buat macam mana, kena hadapinya juga. Masa aku pergi tu, kursus dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Rehat sejam. Buku teks yang dah dapat tak perlu buka pun takpe, dengar je penceramah cakap apa. Tapi kalau nak tidur time tu, hm kena study balik la kat rumah. Textbook sangat tebal, sangat berbeza dengan buku memandu sebelum ni. Diorang dah upgrade kasi tebal kasi malas orang baca. 
Ada tiga bahagian dalam buku tu

  • KPP 01 (Teori Pemanduan Selamat)
  • KPP 02 (Amali di Litar)
  • KPP 03 (Amali di Jalan)

Yang bercadang nak ambik lesen tu, sila fokus dekat KPP 01 lebih untuk ujian undang-undang berkomputer JPJ nanti. Tapi selak-selak jugak bahagian KPP 02 dengan KPP 03 kalau korang tak dengar ceramah sampai habis. Biasanya encik penceramah bagi tips soalan mana yang akan keluar. Ada akak di IMKEDA jual buku soalan berharga RM5, siapa nak beli silakan, taknak pun tak apa. Aku beli buku ni. Hm takpelah kan aku mana tahu ada app dekat Google Play Store boleh download je soalan-soalan test ni.

KEDUA
Dah habis step pertama tu, boleh pergi ujian undang-undang berkomputer JPJ. In my case, IMKEDA hantar ke My-EG dekat Bangi. Yang ni pergi 1 April kalau tak silap. Seminggu lepas hadir kursus KPP01, aku terus ready untuk duduk ujian ni. Rilek sudah. Sebenarnya malas sebelum ujian baru aku sibuk nak ulangkaji buat buku soalan yang beratus-ratus soalan bagai. Takde masa nak baca buku teks tebal tu! Buat buku soalan je lepastu tengok buku teks balik kalau nak semak jawapan (sebenarnya ada je jawapan dalam buku soalan tu tapi nak memastikan lagi sekali hm kadang-kadang jawapan buku kan boleh je salah hahahaha). Pergi Bangi tunggu giliran dipanggil. Dah kena panggil, kena bagi RM10 untuk gambar lesen L. Memang kena ambik gambar kat situ. Walaupun aku bawak gambar sendiri, dia tak bagi jugak. Memang peraturan kena ambik gambar kat situ. Sila ambik perhatian, akak dekat situ akan suruh kau pandang kamera dan tada dia akan cakap "ok dah". Takde masa nak ready weh. Once kau duduk kat kerusi tu pandang kamera terus dia ambik gambar. No flash no 1 2 3 no anything. Done just like that. Then letak bag kat tempat yang disediakan, masuk blik ujian mengikut nombor PC yang diberi. 

Memula kena jawab 3 soalan untuk memastikan kau tak buta warna. Senang je. Ujian undang-undang ni ada 50 soalan. Jawablah semua ye. Kurangkan menghentam dan menembak. Keep calm. Ada CCTV dalam bilik tu jangan sibuk nak psst psst dekat orang sebelah. Kalau dah siap, boleh semak semula. Kebanyak orang tak tunggu sampai 45 minit. Jawab 20 minit je terus keluar. Macam aku (ceh). Alhamdulillah lulus dapat markah 48/50. Markah lulus ialah 42/50. Soalan mudah sebenarnya, kalau dapat set soalan yang mudah lah hurhurhur. Ada orang dapat set soalan susah, mungkin sebab tu kena repeat test T_T Kalau tak nak keluarkan duit nak repeat test, baik buat betul-betul okay. Biar bersusah payah hafal mata demerit, daripada nak repeat test lagi. Slip keputusan yang dah lulus tu bagi lah kat ejen yang uruskan kita pastu diorang akan setelkan segala urusan supaya kita dapat lesen L.

KETIGA
Setelah lulus ujian undang-undang, kita watlek watpis dahulu. Eh camtu pulak. Ha lesen L siap dalam masa seminggu atau lebih. Rajin-rajin lah telefon IMKEDA tanya bila lesen nak siap biar dorang meluat dengar suara kau setiap hari wakakaka. 13 April, aku ambik lesen yang dah siap. Terkejut tengok gambar kat lesen. Yes, gambar yang tangkap kat my-eg hari tu. Sungguh mengerikan. Muka aku memang tak boleh blah, mengantuk gila muka dah macam zombie. Well, I will hid it forever! 

Dah ada lesen L, boleh lah hangpa arrange driving class dengan kerani. Minta dia instructor yang best best happening segala. Request lah instructor jangan main angguk angguk ikut je cakap dorang. Nanti kau juga yang menyesal. 

16 April - Kelas pertama semestinya KPP02. Mengenal kereta iaitu belajar RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) dan RSM(Rutin Selamat Memandu). Dua jam belajar ni sahaja. Bayangkan lah. Nanti kau kena present kat JPJ time ujian akhir. Zaman dulu mana ada benda ni, ni kurikulum baru. Jadi, nak ambik lesen sekarang bukan mudah ya. Kena hafal dan tahu segala benda pasal kereta. Jangan tahu naik je tapi tak tahu dipstick tu nak sukat apa. Cey ceyy. Yang ni belajar dengan Kak Farah.

20 April - Kelas kedua, instructor lain yang bawa. Ni Puan Sapura tapi dia bahasakan diri sebagai Kak Pura so kita ikut sahaja lah ye. Dia suruh memandu sekitar kawasan ofis tu je. Dua jam pusing area Putra Walk. Semestinya pekerja Maulana tengokkan aja aku bawak kereta sampai mati enjin di selekoh tu. Biasalah tak reti kawal clutch dengan minyak. 2 hours driving around the neighbourhood sahaja. 


21 April - Kelas ketiga, Kak Farah bawak lagi ke litar dan ajar bukit. Yang ni KPP02. Okay tbh KPP02 tu kena setelkan dalam masa sehari. 5 jam patutnya belajar KPP02. Tapi Kak Farah ajar time first class tu dua jam je pastu yang kelas ni dia ajar sejam je. Patutnya ada baki dua jam lagi kan, dia tak ajar aku dah. Kak Pura cakap kelas tu burn camtu je. Yes memang pelik, I know. Camtu dorang buat kerja. Aku tak nak korang dapat pengalaman macam aku so kalau boleh tak payah daftar kat sini. Komplen kat kerani, dia pun cakap banyak orang dah kena camtu.

25 April - Kelas keempat, Kak Pura jadi pengajar. Dia suruh drive pergi IMKEDA. Kelas pukul 3 camtu sampai 6 petang. Aku drive pergi IMKEDA. Terpaksa meredah kesesakan jalan nak keluar ke highway. Terpaksa memandu dalam hujan. Walaupun baru pertama kali memandu di jalan besar, aku redah je lah. Pergi IMKEDA sahaja dah ambil masa sejam. Dahla aku drive slow. 40km je paling laju rasanya. Hujan pulak tu, kenalah hati-hati. Pastu sampai litar, dia ajar bukit. BUKIT!! Aku dah belajar bukit masalahnya dengan kak Farah tapi dia ajar aku lagi. Pastu dia kata aku tak reti bukit lagi cane nak ajar benda lain. Dia tinggalkan aku pastu dia bawak anak kecik dia pergi makan lunch. Bagus betul cara kau kerja. Amanah tu letak mana? Duh -_- So sejam aku kat litar. Sejam lagi drive balik ke Seri Kembangan. Hadap jammed lagi sebab jalan dah banyak kereta. Memang banyak kali mati enjin. #sistabah

27 April - Kelas kelima, Kak Pura ajar lagi. Memang aku tak suka sebenarnya cara dia mengajar. Pukul 2 camtu start class. Drive pergi sana je dah makan masa. Dia kira weh masa yang aku drive tu. Dia tolak dalam masa belajar aku. Sampai litar dia ajar buat selekoh s dan selekoh z. Lepastu dok cakap aku tak reti sebab langgar garisan bagai. Dok ugut cakap masa buat s dengan z ni tempoh dia bagi beberapa saat je (sebenarnya masa ujian JPJ nanti, buat selekoh s dan z ni 3 minit). Time kat z aku selalu mati enjin. She didn't teach me properly how to prevent car from stalling...... Lepastu dia tunjuk contoh kat aku cara dia buat s dengan z. Pastu dia blah selama 2 jam hantar anak kecik dia lunch dekat kantin. OKAY AKU BENGANG. SUMPAH. Pukul 6 balik tapi dia drive. Sebab apa? Sebab ada suami dia sekali iaitu Encik Pian (ni encik yang bawa aku kat my-eg haritu). So aku duduk belakang, berdiam diri je. 

Masa 10 jam belajar aku dah habis macam tu je. Langsung tak belajar memarkir sisi aka side parking. Langsung tak belajar pusingan tiga penjuru aka three point turn. 
    5 jam KPP 02.
    10 jam KPP03. 
Sebenarnya ada lagi 2 jam kat KPP02 tapi apa dia cakap kat aku? BURN KATANYA.

Mak aku datang ofis IMKEDA kat Pinggiran Putra, buat complaint lah apa lagi. Sebab aku dok bising kat rumah kan. Aku pun bengang. Then kerani iaitu Kak Nadia tengok kat borang masa belajar aku. Dia kata cari lah jam mana yang boleh claim except for KPP02 tu sebab dia cakap memang takleh claim. Tengok punya tengok, yang belajar kelas ketiga tu, patutnya belajar sejam tapi dia tulis dua jam. So aku claim dekat situ. Then Kak Nadia call Kak Pura. Kak Pura suruh tambah masa belajar sebanyak 4 jam. Mak aku kata no hal tambah belajar tapi tukar tenaga pengajar. Aku minta belajar dengan kak Farah.  Kak Nadia tu nasihatkan aku supaya manfaatkan 4 jam tu tambah sejam lagi yang dapat claim tu untuk belajar kasi pandai kasi hafal semua benda. Sejam tambah belajar berharga RM60. Ya, 1 minit bersamaan 1 ringgit. Berharga betul duit nak buang camtu je. I know tak patut kedekut untuk ilmu. Tapi salah siapa yang buang masa belajar aku? Tu yang aku bengang! Patutnya 10 jam tu dah boleh cover semua benda. Bukit, side parking, three point turn, selekoh s & z & hafal jalan untuk ujian JPJ. Benda dah jadi.

2 Mei - Kelas keenam, Kak Farah drive ke IMKEDA. Jam 10 dah sampai sana. Dia terus ajar side parking. Aku hafal formula dia dengan gigihnya. Habis sakit tangan pusing stereng banyak kali. Pastu dia ajar three point turn. Lepas dah ajar dua tu, dia suruh buat bukit, side parking, three point turn, selekoh s & z dan ulang balik banyak kali. For three hours I kept doing the same thing. Tapi takdelah dapat buat banyak cycle sebab banyak student lain praktis gak. Jammed jugak litar kena beratur kereta nak tunggu giliran. Aku dah confident nak test kecuali three point turn rasa macam tak confident sangat sebab kereta senget sebab lambat pusing stereng. Lepas tiga jam tu Kak Farah tunjuk jalan untuk test JPJ. Dia ajar la kalau berhenti kat traffic light kena free gear and angkat handbrake. Kak Pura ada ke ajar aku benda camtu? Takde. Pastu dia bagi tips lah kalau nak lulus JPJ jangan makan laluan orang, kena bagi signal, and paling penting tali pinggang keledar wajib pakai. Dia tunjuk jalan 3 sekali pastu aku minta nak pusing sekali lagi, takut lupa. Jalan 4 dia tunjuk sekali je tapi memang Jalan 3 paling popular untuk test JPJ. Maka, sejam pun habis untuk belajar jalan sahaja. Memang jalan kat kawasan tu banyak kereta lagipun pukul 1-2 camtu kan lunch hour. Jammed dan kena hati-hati semasa memandu.

5 Mei - Kelas ketujuh, yang ni kelas terakhir. Sejam je tinggal untuk praktis sebelum ujian JPJ pada 6Mei. Yep, tapi tak sempat buat banyak cycle jugak sebab banyak juga orang praktis. Uhukz. Dah kenal muka familiar yang selalu nampak kat litar. Banyak gak budak batch 97 tengah praktis. Lepastu balik rumah pergi baca RPK & RSM balik nak refresh for test. 


Okay nanti aku share pasal pengalaman JPJ test pula. Semalam test JPJ aku hehe.
Assalamualaikum.
© Wonderful
Maira Gall