Wednesday, 22 April 2015

KL Adventure with Amalia - Part 2


Tak pernah tahu sini ada benda ni sebelum ni

Lepas dah habis bergambar di Dataran Merdeka, kami pun pergi ke KL City Gallery. Memang wajib pelancong datang sini nak ambik gambar dengan IKL signboard yang besar gedabak tu. Kalau tak percaya cuba hashtag KL City Gallery kat Instagram. Konpem banyak keluar gambar yang macam kat bawah ni. Terima kasih encik sekuriti sebab tolong ambilkan! Dia ingat kami dari Indonesia agaknya sebab dia cakap 'antri antri' yang bermaksud 'beratur'. Sila berdiri di belakang garisan merah untuk mengambil gambar dan beratur dengan teratur ye anak anak.


Lepas tu terus gerak nak pergi Masjid Jamek. Masjid Jamek sebelah je dengan Dataran Merdeka tapi kena lintas jalan dan jalan sikit selama beberapa ratus meter. Bangunan yang sederet Bangunan Sultan Abdul Samad.



MASJID JAMEK, KL

Sepanjang hidup ni memang pertama kali melawat masjid ni. Kalau solat Jumaat memang penuh tempat ni. Ada beberapa kaunter yang dijaga oleh pelajar (sukarelawan) untuk memberitahu mengenai Islam kepada pelancong yang ingin tahu. Ada banyak risalah dalam pelbagai bahasa. Ada pakcik yang jaga tu pun tanya kitorang dari mana. Ingatkan dari jauh en, sekali dekat je dekat Selangor je pun hehe. Dia promote suruh join persatuan kat universiti nanti. Boleh jadi sukarelawan kat situ. Ada construction going on kat sungai sebelah masjid ni. So kawasan dia macam kena pagar. Pelancong yang datang kena pakai sarong / jubah. Yup, ada lelaki sorang ni comel je dia pakai sarong yang dijahit macam skirt. 

In the LRT with so many ppl
Dari Masjid Jamek kami bergerak ke KLCC dengan LRT. Senang je, stesen Masjid Jamek sebelah je dengan Masjid Jamek. Beli tiket, lepastu ada abang yang baik hati bagitahu kena naik lrt dekat opposite side. Dia kata nak lintas jalan boleh, nak lalu underground pun boleh. Kitorang guna underground je lah sebab nak cuba lalu situ. Kalau abang tu tak bagitahu, mesti aku tak tahu wujud jalan underground tu. Agak jauh sikit tapi ada aircond jadi lagi okay lah daripada lintas kan. Adventure katakan.

KLCC

Selfie jap lepas masuk Suria KLCC
Terus keluar sebab nak ambil gambar dekat luar
Bangunan Berkembar Petronas // Petronas Twin Tower
 Cuaca sangat panas. Huuuuuu Amalia cadang pergi taman KLCC so kitorang pun jalanlah sepanjang kolam KLCC tu menuju ke taman. Comel sangat ada seorang ayah ni tengah ajar anak dia jalan. Geram tengok. Mak dia pun ada sekali. Sweet benor family ni baru ada anak seorang dah keluar travel.

Jalan sampai nampak jambatan lepastu ambik full shot dari sana. Tak banyak orang time ni sebab memang sangatlah panas. Ada couple ni mintak kitorang ambilkan gambar pakai DSLR dia besar gedabak. Pastu kitorang suruh gegurl dua orang ni (mungkin dorang jenjalan lepak lepak jugak) ambilkan gambar. Walaupun ambil gambar kitorang senget takpelah kami appreciate. "Tak panas ke kak?" dorang tanya. Erm erm do I look like I'm older than you? Hm pape je lah T_T 


Jalan cari tempat redup. Duduk tepi kolam (kolam lain eh bukan kolam yang awal-awal tadi) borak-borak lepaskan penat.

Day well spent. Looking forward to another adventure!
Please watch our travel video here ;)

Til then ,
Assalamualaikum

No comments

© Wonderful
Maira Gall