Friday, 8 May 2015

Pengalaman ambil ujian memandu JPJ


Tarikh ujian dah tahu awal, sebab instructor saya iaitu Kak Pura dah booking test awal-awal. Keluar je lesen L aku, dia terus masukkan nama untuk JPJ test pada 6 Mei 2015. Aku belum mula pun kelas memandu lagi dah dapat tarikh ujian. Masa tu aku macam, hm relaks lah ada dua tiga minggu lagi

Dua tiga minggu tersebut akhirnya menjadi sehari sebelum hari ujian. Lepas balik je dari kelas terakhir dengan Kak Farah, aku dok macam tak percaya je esok dah kena test -_- Malam-malam tu study balik Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) & Rutin Selamat Memandu (RSM) supaya takdelah free free je markah kena tolak. Untuk ujian Bahagian II (Litar), markah lulus ialah 56/70. Ujian Bahagian III (Jalan raya), markah lulus ialah 64/80.

Untuk pengetahuan awak semua, aku tak buat QTI pun. QTI tu apa? QTI ni pre-test. Kira macam trial lah. QTI ni IMKEDA yang buat. Bukan JPJ. Yang nilai time QTI test ialah tenaga pengajar IMKEDA sendiri. Kalau lulus, baru diorang booking test JPJ. Malangnya, aku tidak dihantar buat QTI pun sebab mungkin dah yakin kot aku lulus hehw lagipun cepat sikit dapat tarikh ujian JPJ. 

Bismillah. Okay nak mula dah cerita pasal hari kejadian

7.20 pagi dah gerak dari Pinggiran Putra menuju IMKEDA di Cheras. Pergi dengan Kak Nadia (kerani IMKEDA Pinggiran Putra) sebab Kak Pura, Kak Farah, Encik Pian semua kena ambik student lain. Sampai je kat IMKEDA, dah terasa debarannya. Huish sabar jelah. Aku bawa bekal air mineral dua botol dengan roti Twiggies je. Sampai sana, Kak Nadia jumpa Abang Jo iaitu salah seorang tenaga pengajar IMKEDA Cheras. Borak-borak dengan dia. Aku pun baru kenal Abang Jo ni, Tak pernah tahu pun sebelum ni. 

Pergi papan kenyataan, tengok senarai nama. Kak Nadia ni datang untuk test jugak sebenarnya. Dia dapat Sesi 1, nombor 8. Aku sesi 2, nombor 41. Pastu pukul 8.30 pagi camtu gerak pergi blok C, untuk dengar taklimat oleh pegawai JPJ. Encik Kushairi kalau tak silap nama dia. Segak benar, dah boleh jadi pramugara tak pun pilot terus gahaha. Kalau datang lewat, memang terlepas taklimat dan akan kena marah dengan Kak Jah. Kak Jah ni uruskan calon-calon yang ujian pada hari tu. Mana tak stress dia kalau orang tak dengar arahan. Lepas dah habis dengar taklimat, calon Sesi 1 pergi daftar dulu. Aku kena keluar lah, duduk kat luar sebab Sesi 2. Berkenalan lah dengan orang sebelah bagai. Borak-borak. Nasib baik senang jumpa orang sama umur. 

Lama jugak tunggu dekat luar tu. Tengok calon Sesi 1 dah mula dibahagikan. Calon nombor 1-20 buat jalan raya dulu. Calon nombor 21-43 buat litar. Kitorang perhati je lah calon-calon yang dah start test ni. Siap kira masa yang diambil lagi untuk diorang start test jalan raya sampailah dorang balik semula. Memang takde kerja dah kitorang. Budak sebelah aku pun sama jugak, kitorang dah malas nak baca nota bagai. Awal pagi je rajin ahaha. Dok perhati je calon mana yang pegawai JPJ pandu balik kereta. Hm tak ramai la. Rata-rata calon berjaya bawa balik kereta ke IMKEDA. 

Dalam pukul 10 macam tu, Sesi 2 kena masuk dalam untuk pendaftaran. Keluarkan kad pengenalan & lesen L. Beratur ikut nombor giliran. Encik Kushairi ambik IC & lesen L pastu dia suruh ambik nombor & tag untuk dipakai. We are known for our numbers. Kak Jah kat luar memang panggil nombor je, takdenya panggil nama. Kena peka kalau nombor dipanggil. Aku Sesi 2, nombor 41. Lepastu tunggu kat luar balik. Lama benar. Rasanya Sesi 1 pun tak habis lagi time tu. Then kitorang dipanggil. Sesi 2, nombor 21-43 kena bergerak ke litar untuk buat litar dulu. Member yang duduk sebelah aku tu Sesi 2 tapi nombor 16, so terpisahlah kitorang. Jalan di bawah terik matahari dari blok C menuju ke pondok menunggu di litar. Tunggu beberapa minit camtu then Encik Kushairi panggil Sesi 2 nombor 37-43 untuk buat jalan raya. Aku dah cuak woi. Macam perghh awat tetibe ni takkan lah Sesi 1 dah habis semua, pelbagai persoalan bermain di minda. Dia bawak kereta so three by three pergi balik ke blok C. Nasib baik naik kereta.

Sampai sana, menunggu lagi. Aku ingatkan, sampai sana kitorang dah terus kena test jalan raya. Rupa-rupanya Sesi 1 pun tak habis lagi. Memang menguji kesabaran. Time ni, kenal dengan dua orang kawan lagi. Sesi 2 sama dengan aku, dorang nombor 43 dengan nombor 38. Seorang nama Zafirah seorang lagi apa eh nama dia, aduh lupa pulak sebab banyak sangat tegur-tegur orang sampai mix up nama. Time tu borak-borak je lah dengan diorang sambil menunggu nama dipanggil untuk ujian. Sampailah pukul 1, nama tak dipanggil. JPJ called for a break until 2pm. Kitorang gerak pergi surau pastu takde siapa selere nak makan. Borak2 pasal RPK nak kasi refresh. Ada yang cerita pengalaman test on the road, buat rpk. Kalau pergi JPJ test, rajin-rajin tegur orang pastu tanya pengalaman. Tak pun tegur je, pasti dorang cerita pengalaman. Itupun kalau diorang test awal dari korang lah ye.

Lepas rehat je aku duduk kembali di Blok C. Menunggu dipanggil untuk test. Ada akak sorang ni pinjam kasut aku. Dia Sesi 1 nombor 40. Aku setuju je sebab ingatkan lambat lagi giliran aku. Nombor dia dipanggil, lepastu dia pergi test jalan raya. Lepas 15 minit, dia tak balik-balik lagi. Aku dah risau sebab nombor aku dah dipanggil. Tu yang aku terkejut, cepat benar kan? Lepastu giliran aku tiba. Kereta sampai. Nasib baik tu kereta akak yang pinjam kasut aku tadi. Aku dah pinjam kasut orang lain sebenarnya. Then kat luar kereta kitorang cepat2 tukar kasut, pastu aku bagitahu selipar dia kat kerusi paling depan sekali. Tips: Jangan pakai selipar pergi ujian JPJ. Berpakaian formal ok! Masa tu dah pukul 3 lebih. Bayangkan, dari pagi aku tunggu, pukul 3 lebih baru sampai giliran. Bersabar ya!

Ujian di jalan / On the road test
Bukak pintu belakang kereta, letak beg. Bukak pintu depan, bagi salam kat encik JPJ. Aku minta maaf kat dia sebab lambat sikit masuk kereta (yelah dah kata tukar kasut tepi kereta tadi tu hahaha).
"Sorry encik, lambat sikit sebab tadi tukar kasut dengan akak tu"
"Kenapa tukar kasut?"
"Dia pinjam kasut saya"
"Mana kasut dia?"
"Dia pakai selipar"
"Ok dah mulakan"
Pastu aku start lah RSM. Tersasul sikit time buat RSM sebab enjin dah hidup. Aku minta izin dan tutup enjin, dia kata tak payah. Part 'memastikan penunjuk panel instrumen berfungsi' tu tak dapat nak buat dengan sempurna lah sebab time tu lampu amaran handbrake je yang ada. Dia suruh cakap je. Aku cakap je lah apa yang ada kat situ tapi ada kena tolak markah sebab salah cakap. Then bagi signal, terus jalan. Dia sindir "Dik kalau saya bawak basikal ni confirm lagi laju, tekan minyak dik". Biasalah nervous jugak awal-awal, pastu aku tekan je lah minyak ikut cakap dia. Sebelum keluar ke jalan raya ada satu kesalahan yang aku buat. Tak ingat apa. Dia cakap "Kalau awak buat lagi sekali ni dik, saya gagalkan awak". Lepas dia cakap camtu aku terus buang perasaan gemuruh jauh-jauh. Terus fokus pada pemanduan. Adalah sekali sekala dia bersuara suruh tekan minyak sebab slow sangat. I wanted to play save only huhuhu.Tips: Ikut je cakap JPJ, jangan lawan. Nanti dia marah karang, susah. Aku U-turn dengan baiknya, padahal sebelum ni selalu makan jalan orang hahaha alhamdulillah. Lepastu sampai traffic light aku relaks nasib baik tak mati enjin. Kereta dah jalan, aku pun jalan semula. Ada dua traffic light kat situ, aku keliru sebab ingat traffic light lagi satu rosak. So aku jalan lah, nasib baik JPJ tu suruh berhenti. "Dik, merah tu dik" He helped me wuuu so thankful. Nasib baik tak ikut kereta depan yang langgar lampu merah. Masuk highway, aku tak tukar gear 3 dengan lancar, aku rasa sebab tu kena potong markah yang 'gagal menggunakan gear yang sesuai' dekat borang markah. The rest went smoothly. Except for one situation where a road user didn't tolerate with others. Suka hati dia je cross jalan aku. Encik JPJ tu hon kereta tu untuk aku. Because I was supposed to drive to the road on my right but the car came from the right and didn't give way to me. Ha tak payah bayangkan lah. Anggap je kereta tu drive ikut suka hati dia tanpa fikir pengguna jalan raya yang lain. Gituwww. Pastu sampai IMKEDA balik, aku dah lega. Dia cakap "Nasib baik lah awak drive sampai balik ke sini" Aku nak tergelak je. Sis hanya mampu tersenyum lega. Dah berhenti tu, dia kira markah, setelkan borang, pastu suruh aku tanda tangan. Bangga je tengok dia tick dekat kotak LULUS tu. Alhamdulillah, I passed my on the road test with 73/80 marks.

Keluar kereta terus pergi ke Kak Jah tapi kena marah sebab patutnya kena pergi litar. Dah tak dapat berfikir dengan baik sebab gembira agaknya. So jalan lah di tengah terik mentari menuju pondok menunggu di litar. Pondok menunggu tu bersebelahan dengan bukit dan pondok RPK. Tak tengok orang buat RPK, tengok orang buat bukit.

Pondok RPK

Tips menunggu di pondok menunggu: Kena alert bila nama dipanggil untuk buat RPK. Jangan borak kuat-kuat tak ingat dunia. Tak pun jangan terlalu asyik bermain smartphone sampai tak dengar orang lain panggil. Kalau dipanggil kena terus gerak lelaju kalau boleh lari je ye. Jangan jalan lenggang kangkung nanti kena marah. Kalau mood  pegawai JPJ tak baik, memang kena marah.

Ujian di litar
RPK & RSM
"Sesi 2 nombor 41", dengar je nombor dipanggil terus aku sumbat nota RPK masuk dalam beg pastu kelaur dari pondok menunggu. Jalan menuju ke pondok RPK gaya tergesa-gesa. Lari-lari anak sikit. Dapat pegawai JPJ lelaki yang akan menilai. Ada ura-ura cakap kalau dapat pegawai JPJ yang perempuan memang sakit sikit sebab dia tegas. Aku dah ready perkenalkan nama lepastu nak tunduk ke bawah tengok kebocoran minyak, tapi pakcik tu kata buat enjin dengan but sahaja. Dah petang masa tu. Around 4.30pm kot. Aku terangkan lah apa yang ada kat enjin tu mengikut POWDER. Tips: Jangan main cakap je paras air mencukupi padahal kau tak tengok pun. Sebab kereta yang aku dapat, tangki air wiper dia kosong, tangki air simpanan pun kosong. Dah habis semua, dia puji aku. "Bagus betul awak ni" ehehehe kembang jap. Tak sia-sia menghafal. Pergi ke but belakang, terangkan tools apa yang ada dan juga tayar simpanan. Jangan lupa okay nanti kena tolak markah! Then masuk kereta, buat RSM. Yup, 2 kali kena buat RSM. Satu masa test jalan raya, lagi satu lepas buat RPK di litar. Lepas dah habis RSM, dia suruh sign borang pastu hantar borang ke pondok untuk buat bukit.

Mendaki Bukit
Aku belajar pakai kereta Viva tapi time test semua kancil. Sebenarnya boleh request, tapi aku macam hm takpelah kita redah je pakai Kancil. Ada je tenaga pengajar IMKEDA yang bertugas kat situ, boleh minta kat mereka nak kereta lain. Abang Jo ada kat situ, pastu dia suruh aku naik kereta Kancil satu ni. Aku macam Ya Allah usangnya kereta ni, boleh ke lepas ni. Tapi Abang Jo yakinkan aku kereta tu okay so aku naik je lah. Nak betulkan seat pun terkial-kial time tu. Abang Jo berdiri sebelah kereta aku pastu bagitahu cara nak lepas bukit. Sebab dia tahu aku belajar dengan Kak Pura pakai Viva. Dia cuba nak bagi tips saat-saat terakhir camni. Patutnya tak boleh. Tapi laju sangat dia cakap sampai aku punya otak proses sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Pegawai JPJ bagi arahan suruh naik. Aku pun hm tekan minyak. Dah sampai line kuning tu terus brek. Aku rasa tayar aku macam tak tepat atas garisan kuning, so nak mintak buat lagi sekali. I didn't even look at the tyres. Nervous sangat! Tapi pegawai tu dah jerit "Jalan!!!" aku pun apa lagi, get ready je lah untuk jalan. Tekan minyak sampai mengaum-ngaum, tak tengok pun RPM berapa. Lepas clutch perlahan-lahan then terus lepas handbrake. Alhamdulillah berjalan ke depan kereta Kancil tersebut. Kat bawah bukit, pakcik IMKEDA yang bertugas suruh berhenti. Terkejut aku sebab ingat aku dah gagal. Dia suruh ambik borang kat pegawai di bukit tu balik pastu hantar ke pondok parking. Aduhhh buat terkejut je. Alhamdulillah lepas jugak bukit walaupun tak pakai Viva.

Memarkir sisi, pergerakan tiga penjuru, selekoh s dan selekoh z
Lepas ambik borang markah dari pegawai di bukit, masuk kereta terus drive pergi parking nombor 6. Aku biasa buat kat parking nombor 3. Parking nombor 6 tu serius sekali je pernah buat. Dahlah pegawai JPJ yang jaga tu perempuan. Aku takut je kot kot dia tegas. Parking nombor 3 tu pegawai JPJ lelaki yang jaga. Bagi borang kat pegawai JPJ, lepastu masuk balik kereta, buat parking. Walaupun body kereta tak berada tengah di atas anak panah, aku buat je lah parking ikut apa yang dah diajar Kak Farah. Patutnya kena pusing stereng 2x kiri, 2x kanan, 2x kanan, 4x kiri ha banyaklah step dia. Tapi sebab kereta yang aku pakai ni, pusing 2x je dah habis. So aku macam ha bantai jelah. Last-last masuk jugak kotak parking dengan berjayanya. Hon, angkat tangan. Dia suruh aku keluar dari kotak parking. Berjaya keluar tanpa langgar garisan.

Menuju ketiga penjuru. Agak gemuruh sedikit sebab aku selalu lambat balas stereng lepas dah reverse. Memang begitu juga terjadi time ujian. Lambat pusing sampai body kereta senget, nasib baik tak langgar garisan. Keluar dengan berhati-hati lalu pergi ke selekoh s. Senang je tak perlu nak kalut pun. Pastu buat selekoh z. Alhamdulillah tak langgar apa-apa. Memang kena berhati-hati jugak kat selekoh z ni sebab kena pusing stereng cepat-cepat.  (Tu yang aku pelik kenapa Kak Pura dok suruh aku practice selekoh s dan z ni sampai dua jam.)

Aku patutnya hantar kereta balik kat bukit, tapi aku pergi drive balik menuju pondok parking tu sebab nak ambik borang. I didn't know that I had to put the car back first. Nasib baik pakcik IMKEDA yang bertugas tu bagitahu suruh hantar kereta dulu masa aku nak menuju ke pondok parking tu. Dah hantar kereta, jalan kaki pergi pondok parking then ambik balik borang markah. Alhamdulillah lega sangat sebab lulus semua. Abang Jo ucap tahniah pastu siap tengok tengok lagi borang markah aku. Hehehe walaupun dia tak pernah ajar aku, dan baru kenal hari tu, aku sangat berterima kasih sebab dia macam jaga aku. Siap bagi tips tu sebelum aku naik bukit walaupun aku tak dapat nak pakai tips dia.

Jalan ke litar menuju pondok C. Bagi borang markah kat Kak Jah. Pulangkan balik tag nombor. Beli sticker P dengan harga RM5. Taknak beli pun takpe. Balik rumah dengan rasa macam tak percaya je dah lulus ujian JPJ. Alhamdulillah, Allah ease everything. Memang aku berazam tak nak ulang sebenarnya. Kalau ulang kena bayar RM200. Nak keluar duit lagi.  Kesian mak ayah kan.

Akhir kata, tak payah takut sangat dapat JPJ lelaki ke perempuan. Satu pengajaran yang aku dapat, ada jugak pegawai JPJ lelaki yang strict. Tak payah dengar cakap orang yang beritahu pasal pegawai JPJ perempuan leceh lah mende lah. Kawan yang aku kenal time test hari tu, dia cerita dia tak lepas keluar IMKEDA lagi dah kena tukar seat. Kesian kot. And pegawai JPJ perempuan yang jaga pondok parking time aku punya test tu, aku rasa dia baik je. Takdelah strict. Cikgu memandu aku, dua-dua perempuan. Rilek je. Kak Farah ajar bagus je. Kak Pura, hmmm dia ajar okay tapi aku lagi suka Kak Farah ajar.
Kepada adik adik yang nak ambik lesen tu, ambillah cepat-cepat lepas habis SPM. Nanti senang dah ada lesen. Kalau tak pun, kerja dulu kumpul duit then dah cukup bolehlah ambik lesen kalau tak nak membebankan ibu bapa. Kalau time belajar nak ambik lesen, kena tunggu cuti sem lah. Kalau tak, ganggu pulak waktu belajar kan.
Til the next post
Assalamualaikum

30 comments

love Allah said...

Terima kasih.. menggerunkan citer ni.. fuhhh.. 20/5 ni dah jpj.. seram.. ya Allah.. hu rabbu

love Allah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Farah Wawa said...

thanks yer awak, utk tips n prkongsian ilmu tu. 20/5 ni sy test jpj, sama kat IMKEDA cheras jugak :) wish me luck.

Azman jamah ali said...

Haha..
Tq for the sharing on your experience..

Nurul Amirah said...

Doakan saya. Esok test jpj dah 10/6. Takot sangat kalau gugup

uNMetAL said...

Baru lepas test jpj pagi td.. Lulus… tp mmg cter kat atas agak seram.. Hehe!

Cik tim said...

Seramnyer

Syukri Nouvo said...

Alhamdulilah, hari ni 28.9.2015 sy telah lulus jpj.
Macam tak percaya, tapi sebenarnya kalau kita betol2 konfiden insha allah, dipermudahkan
Walaupun pagi tadi waktu datang hujan lebat, basah baju dan seluar bila sampai, memang sejuk.
Alhamdulilah segalanya berjalan seperti apa yang kita belajar, sy buat di Sri Perak Dekat dgn terminal aman jaya.. sifu saya cikgu anuar..
Memang terbaik cara dia ajar sy, dari tak tau ape2 tak penah 1 kali pun bawak, hanya belajar dgn dia je, akhirnya lulus, terima kasih banyak2 Cikgu Anuar.

RHOSS PERFUMES said...

Alhamdulillah terima kasih di atas tips yang diberikan. Saya lagi 2 hari nak test JPJ. Rasa Nak terkencing-kencing bila Nak dekat test JPJ ni

amanina kamal said...

Thanks ^^... doakan sy ea 23 ni test. takut t,t

seungu lavender said...

Boleh bagi senarai rpk tu..?? Hehe..

myra lovieta said...

Bestnyaa awak dah lulus. Kami ni gagal masa jalan raya. Kesalahan mandatori (gagal serta merta) kami buat kesalahn kecik je cuma tak bagi signal ja terus gagal. 20hb ni test balek. Harapp2 kali ni lepas

Ahmad Shariman said...

saya bru nk ambil lesen kereta, tp bimbang jgk sbb tk pndai langsung bwk kereta, ade jgk try nk bwk manual, tp tk jdi, huh susah jgk ye bwk manual ni, harap dpt la blajr bek kereta dn lulus

Nabieylah Sloves said...

Sya pn bru je nk ambk lesen..kemarin bru g ceramah 6jam

Nabieylah Sloves said...

Sya pn bru je nk ambk lesen..kemarin bru g ceramah 6jam

superpepoo said...

Esok ada jpj test. Hope markah overall ok. Aminnnnn

Anonymous said...

Esok ada jpj test...rasa seram la plak...sbb baru nak baca RPK n RSM ...harap ii lulus lah esok...x sanggup nak repeat dan abis kan duit mak ayah...

Mimi Kyumi said...

x test jpj lagi baru nak belajar tp bila baca seram pal..wkwkwkw

Eyma su said...

Baru nak g ambik lesen ..seram nyer nk g ..semua dah duk sibk g ambik lesen sbnrnya ..hmm..reda jer larh

jue lia said...

seram la..huhu hujung bln de test jpj..takot...

Unknown said...

Salam..boleh bgtau x jalan raya msa test tu..ikut jln mna eh? Sbb td test jpj gagal kt jln raya sbb x ingt jalan..������

wanie mimok said...

Ooo bt kat seri perak ek?? Ramai yg kata ok kat situ.. sya buat kt sectow .. selasa depan nak repeat.. gagal parking😂

wanie mimok said...

Berdebar2 bca komen awak.. sya selasa ni bru nak repeat test jpj.. doakan saya lulus ya😀 .. masih berdebar tp mesti kena cool kan..

Fatihah N. said...

@wanie mimok Yep cool je jangan gelabah. InsyaAllah lulus. Good luck :)

Fatihah N. said...

@Unknown Ikut jalan 3. Awak tanya cikgu memandu nanti dia tunjuk jalan sebelum test. Kena hafal jalan yang ditunjuk.

Yapin kazama said...

Nak tanya sikit . Ujian qti tu ada markah ke ? Or markah qti akan masuk ke jpj test ! Takutlah sbb CIKGU QTI membebel saja . Dia nak suruh masuk gear dgn cepat . Sudahlh tu study drive . Dia marah saya .

Fatihah N. said...

@Yapin kazama QTI ada markah. QTI ni macam peperiksaan percubaan. Kalau awak buat bagus utk QTI, masa ujian sebenar iaitu ujian JPJ, peluang untuk lulus adalah cerah.
Biasalah, saya rasa banyak cikgu memandu yang suka membebel/tegas. Mereka nak anak murid belajar betul-betul supaya tak gagal. Awak sabar je. Tak pun awak cuba buktikan yang awak boleh memandu dengan baik, semestinya cikgu itu tak akan marah tanpa sebab.

Chacha Wahab93 said...

Assalamulaikum . Sy 27/4/2017 nie test jpj . Lagi beberapa hari . Rse tak yakin nak buat test . Berdebar2 sangat . Rase takot pon ade . Dlm minda mcm2 fikir . Nk makan pon xselera ☺

Cikaisya said...

27/4/2017 nie da test jpj . Berdebar nye . Macam2 pikir dlm kepala . Makan pon xlalu asyik pikir je . Rase gelabah . Tido xlena asyik terpikir2 nanti mcm mna . ☺

Fatihah N. said...

@Chacha Wahab93 Waalaikumsalam. Jangan risau, doa banyak banyak supaya dpt pegawai JPJ yg cool and baik. Yakinkan diri je jawab soalan tu kalau ditanya. Kita kena yakin barulah berani nanti masa tengah ujian. InshaAllah semoga berjaya ya ^^

© Wonderful
Maira Gall