Thursday, 12 May 2016

Melaka Trip Day 1

Salam & hi!!!

Sebulan lepas (ya selepas sebulan baru nak tulis blog post eh bagus betul eh) aku pergi bercuti di Melaka dengan kawan-kawan setelah tamat ASASIpintar dengan jayanya gituwww. Memang final exam habis 8 April, 10 April dah gerak ke Melaka petang tu. Geng #AnakAnakMak aka geng belajar sesama yang plan trip kali ini. Aku dan Haleeda gerak dari TBS ke Melaka naik bas. Del dan Hani memang orang Melaka so mereka tinggal menyambut kami je.


Disclaimer: It will be a loooooooooooong post!





Kita terus ke 11 April 2016 iaitu hari Isnin ya kawan-kawan.

Pagi itu semua liat nak bangun ya, siapa suruh layan drama Descendants of The Sun (DOTS) memalam sampai pagi buta. Aku je bangun awal ecewah. Pastu semua dah bangun dah mandi, sarapan sambil tengok DOTS lagi (Faham-faham la demam dots semua time tu ish ish). Around pukul 10 pagi kami gerak naik kereta menjelajah Melaka. Aku jadi #driverofthetrip hehehehe terima kasih keluarga Hani beri pinjam kereta.


Parking kereta area taman ni. Dekat je dengan Menara Taming Sari, Jangan lupa kupon parking ye, Nanti kena saman tak pepasal.

Menara Taming Sari
Harga: RM15 (MyKad) + percuma goodies bag dalam tu ada air mineral & muffin
Tak ramai pun sebab masa tu kan hari bekerja. Kalau hujung minggu jangan cakap lah, memang ramai sangat. Hanya kami dan sekumpulan pelancong dari Jepun berserta pemandu pelancong mereka. Comel je pelancong Jepun tu hehehe comel sebab ada nenek tu cakap kami comel (kawaii) terima kasih hihihi. Dapatlah juga naik menara ni sebab haritu pergi Melaka masa cuti Tahun Baru Cina, hm jangan cakaplah beratur panjang sampai keluar uishh memang tak naik lah jawabnya,


Sekejap je kat atas, tak lama sangat. Dalam 7 minit macam tu. Dia akan berpusing perlahan-lahan kat atas tu. Best jugak boleh tengok pemandangan dari atas. Pantai yang tengah tambak pun boleh nampak. Nak guna teropong boleh, taknak pun tak apa.

Dari kiri Hani, Haleeda, Fatihah

Ada yang sibuk setting kamera, ada yang sibuk test teropong, ada yang duk selfie hehehe

The view from above

Enjoying the view eh

Thank you abang yang jaga tolong ambikkan gambar 
Bandar Hilir
Dah seronok tengok Melaka dari atas, mari turun dan menjelajah Bandar Hilir. Rasa seronok pulak eh jenjalan dengan kawan-kawan ni. Nasib baik dapat air mineral free dari Menara Taming Sari. Dapatlah melegakan tegak kalau haus. Dahlah panas! Jangan lupa bawak sunglasses eh boleh bergaya ambik gambar. Hani pinjamkan dia punya sebabnya aku dan Haleeda tak bawak! Cemana boleh lupa tah aduhai,

Air tu penting. Cermin mata hitam jangan lupa

Acah DOTS ke belum ni

Ragam kami bergambar, sampai dua photographer jangan risau angle baik punya,

Wajib bergambar kat sini. Takde orang wuuuu dunia ini kami punya! (Ceh ada je pelancong tapi tak seramai hujung minggu)'
Dah siap bergambar kat bawah tu, kita naik ke atas pula. Dah lama tak naik bukit St Paul tu. Masa pergi time cuti raya cina haritu pun aku tak naik. Takpe, gagahkan diri, tenaga banyak lagi. Padahal matahari dah tegak atas kepala.



Ramai juga pelancong Jepun ni (Cari Hani di dlm gambar)

Eh akak buat apa tu?

Menara Taming Sari di belakang

Dah kata dah ni demam DOTS ni tabik hormat setia pada Malaysia
Muzium Istana Kesultanan Melaka
Harga: RM3

Seronok apa masuk muzium. Dapat belajar Sejarah dari perspektif berbeza. Kalau adik adik tak minat Sejarah, rajin-rajinkan lah pergi muzium ye nanti minat tu mesti timbul. Seronok dapat tengok benda in real life daripada tengok kat dalam buku je. Kata orang, jauh berjalan luas pemandangan. Betul sangatlah tu.

 Nanti bila masuk je akan ada abang photographer ambikkan gambar. Kita berdiri depan kain hijau. Hm ada lah tu dia photoshop nanti background. Dah habis pusing satu muzium boleh tengok gambar tadi dekat luar tepi tangga. Kalau nak beli boleh, taknak pun takpe. Satu gambar RM10. Saiz dia 5R kot.


Taman Larangan Muzium Istana Kesultanan Melaka

Taman ni ada depan muzium. Sesuai lah kalau awak nak bergambar bersama-sama bunga berwarna-warni. Dalam hati ada taman? 


Penat penat pun kami teruskan perjalanan. Kali ini, ke Mahkota Parade. Nak lunch kengkawan. Perut jangan dilupa. Perlu diisi juga



For the sake of the root beer hurhurhur. Anyways we ate fast food sbb nak cepat.
Bandar Hilir






Carilah daku yang bersembunyi di sebalik tangga ceh (camouflaging at its best)

Jonker Street
Ni mencabar jugak ni nak melintas jalan walaupun takdelah banyak sangat kenderaan. Tapi kami berempat berjaya menempuh segala kesesakan lalu lintas walaupun ada encik polis trafik sengaja kacau kami cakap "Dik mana boleh lintas situ" Amboi amboi orang lain lintas boleh pulak jangan kacau kami pls :P Ambiklah gambar di mana mana tempat yang kau rasa kau nak. Semua tempat pun lawa.




Sungai Melaka
Kisah di sebalik gambar di bawah ini. Masa aku lalu tepi Sungai Melaka ni, ada terdengar suara orang jerit "Helloooooo" so aku pun nak pandanglah siapa yang jerit tu. Aku pandang kanan pastu di sebelah sana ada pelacong omputeh tengah pegang kamera. Aku ingat dia tengah rakam video jadi aku lambai je lah. Aku pun jerit hiiii jugak lepastu dia cakap "Againn againnnn!!" Aku pun eh dia ni ambik gambar ke. Pastu aku pun pose jelah dengan yang lelain semua hahaha mungkin dia tengok kami comel sangat kot k abaikan.






Cendol Jam Besar
Tak lupa singgah makan cendol tepi sungai Melaka ni. RM2.50 sahaja untuk cendol biasa. ABC pun RM2.50. Uhukz boleh lah untuk menyejukkan tekak.


Dah seronok pusing satu Bandar Hilir, kami pun pulang. Takdelah lewat sangat. Around pukul 3 petang ke 4 petang dah balik. Sebelum tu ada singgah AEON sekejap tengok2 apa ada.

Ikan Bakar
The highlight of the day. Memalam kami makan ikan bakar!!!!!! Tak sah lah bercuti tak makan ikan bakar tepi muara sungai gituwww. Ni area Umbai kalau tak silap. Sungai Udang. Haniza tunjuk jalan, aku drive je. Walaupun baru first time drive memalam jauh-jauh, ok lah tak delah seram mana, Makan jangan tak makan! Kami gerak dalam pukul 6 lebih. Sampai sana before Maghrib. Tak ramai lagi. Tapi lepastu ramai lah orang datang nak makan. Nasib baik datang awal kalau tak kena tunggu lama pulak.


Cepatlah lapar ni 

Dah happy nampak makanan sampai

Tom Yam, Ikan Bakar (2 jenis masakan), Kerang Bakar

Ikan bakar and ikan bakar masak masam manis
Hati kenyang balik rumah layan DOTS. Eh? Sepanjang di Melaka, kami tinggal di rumah Haniza. Del pun duduk rumah Haniza senangsikit gerak sesama. Dah macam housemate lagi sekali duduk empat orang sesama. Rindu korang pulak skrg ni.

Tunggu post Day 2 pulak. Panjang eh hahaha 3 jam jugak nak siapkan post ni.

No comments

© Wonderful
Maira Gall