Monday, 16 May 2016

Melaka Trip Day 2

Salam & hi

Ni hari terkahir di Melaka sobs sobs TT__TT Tak banyak jalan pun sebab hari terakhir dah kan. Keluar rumah pun lambat hahaha brunch terus kat tepi laut. Pantai Klebang is our last destination at Malacca! Panas ya kawan-kawan. Sunglasses, sunblock, payung semua tu jangan lupa. Acik kedai yang tempat kami makan tu siap tanya lagi "Dik tak sekolah ke?" ehem nampak tak muka kami muka kanak-kanak riang lagi ceh. Akak tu cakap "Dik patut datang pantai petang-petang, ramai orang petang nanti" pastu aku jawab je lah petang nak balik Kolumpo dah hm nak buat cane ye dak.



Nak berphotoshoot konon-konon kat bukit pasir Klebang tapi entah macam mana rasanya tempat kami masuk tu salah kot. Jauh betul nak berjalan dari tempat parking. Ambik je lah gambar kat memana pun kan. The wind was really strong. Aku pegang payung terhuyung-hayang kena pukul dengan angin aiyo terbang pun boleh dah.


Payung oh payung

Cover album terbaru kami, mohon beli eceh

Model of the day: Haleeda

Selfie tepi pantai je takde siapa nak ambik gambar kita :<



Klebang Original Coconut Shake
Pergi Klebang jangan lupa singgah kedai ni. Memang terbaik!!!! Coconut shake yang sangat melegakan tekak di kala matahari tegak di atas kepala haaa gituw. Memang sedap la wa cakap huuuu nak nangis sebab sekarang pun tengah rasa nak minum coconut shake. Memang takleh lawan coconut shake kat memana.

Kalau weekends ni memang penuh takleh nak masuk kereta pun. Parking confirm penuh. Pelanggan beratur panjang. Ada banyak meja untuk duduk. Boleh order makanan dekat stall yang ada dalam kedai tu. Nasi lemak pun ada. Breakfast nak datang sini pun boleh. Kuih-kuih semua ada.

Harga tak mahal pun. Cuma RM1.90 secawan (kalau duduk situ, kalau take away lebih mahal beberapa puluh sen je). Kami order yang ada aiskrim satu scoop. Harga RM2.50 secawan.

Yummmmmms serius sedap 

Sekian sahaja....
Don't mess with Melaka!


4 comments

Dalila Najia said...

ala sikitnya :<

Fatihah N. said...

@Dalila Najia Ya sebabnya petang dah balik kan

Hayeon 23 said...

Akak nk tanya.akak tangkap gambar pkai phone ke camera ?. Kalo pkai camera.camera dan lens jenis apa .tq.

Fatihah N. said...

@Hayeon 23 Semua gambar ditangkap guna kamera. Akak bawa kamera Samsung NX3000. Kawan akak pun bawak kamera, Sony tapi tak tahu model apa. Dua dua kamera kami pakai ni jenis mirrorless camera.

© Wonderful
Maira Gall