Tuesday, 17 May 2016

Bekerja selepas SPM


Salam & hi people!!

Post ni amatlah basi sebabnya patutnya dari tahun lepas lagi dah tulis pasal pengalaman kerja lepas es-pi-em ni. Maklumlah, umur sekarang pun dah 19. Masa kerja dulu umur 18, zaman baru habis SPM. Meh akak nak cerita dulu akak kerja cemana. Bolehlah adik-adik nanti fikir masak-masak dulu samada nak kerja atau tidak (eh takdelah bukan nak gertak pun nak kongsi pengalaman sahaja). Biasalah kan lepas habis SPM semuanya nak dibuat, ambik lesenlah, kerja lah. Maklumlah cuti panjang. Sekolah pun dah habis.


Mungkin yang baca ni adik-adik semuanya jadi nak bahasakan diri sis lah senang (eh kat atas tadi panggil akak hm hm). Em tak macam kawan-kawan lain yang terus kerja lepas habis paper, sisduduk rumah dulu around tiga minggu ofkos lah nak menikmati kemerdekaan setelah berhempas pulas jawab SPM wah gituw. Tetibe adalah kawan ni ajak cari kerja, sis pun join lah dia. Dekat je, cari kerja di Aeon Tmn Equine. Takdelah sampai nak ke IOI City, lesen pun takda time tu. Kalau ada lesen pun, kenderaan takde uhukz. Dipendekkan cerita lah kan, dapat lah kerja di Guardian.

Tiada sebarang proses interview. Eceh, interview adalah tapi supervisor je buat. Tanya sikit-sikit. Jawab je. Toksah takut. Kita nak kerja dan dia pun nak pekerja. Begitu ye hubungannya. Dia bagi borang suruh isi then nanti dia akan call. Pastu dapat call after a few hours, dorang nak full time. Sis macam err nak part time sebenarnya tapi takpelah terima je lah kan. Parents pun ok. Akak tu suruh masuk kerja 25 Disember, which is two days after I got the call. Apa lagi, 24hb tu dok mencari kemeja putih, bawal hitam, kasut hitam untuk dipakai kerja. Position: Cashier/sales assistant

Minggu pertama kerja - Ni minggu paling breakdown lah. Sangat sedih. Sebab sis tak sangka kerja itu sangat memenatkan. Culture shock. Macam macm kerja kena buat. Kaki pun penat berdiri lama. Setiap hari datang kerja tunggu bos datang bukak kedai macam nak nangis teringat parents kena kerja. Jangan ingat kerja ni senang. Fikir jugak nak quit ke tak tapi akhirnya, sis teruskan sedaya upaya! Dapat staff ID untuk clock in & clock out. Yep sama je macam punch card cuma kami guna ID untuk track waktu masuk dan keluar bekerja. Nombor ID ni juga digunakan untuk log in POS cashier. So nanti kat resit keluarlah ID awak sebagai cashier yg melayan pelanggan tersebut. Password ada. Ni setel semua dengan akak manager. Dia bagi dokumen/borang kena isi dan setelkan dalam masa seminggu, dan dipesan untuk buat KWSP. Sebab pekerja full time/tetap jadi memang gaji akan dipotong untuk KWSP dan Socso. Sis dapat jaga bahagian vitamin. Ya amekau, silakan study pasal vitamin. Nanti pelanggan tanya pasal vitmin ini untuk apa tak tahu jawab padan muka. Sepanang minggu tu menghafal kedudukan di bahagian vitamin dengan ubat. Takut customer tanya ubat ulcer ke panadol tak tahu nak tunjuk tempat. Ada banyak gila barang kat situ dan customer akan anggap you tahu semua benda letak kat mana. Iyolah, kedai tempat bekerja takkan lah tahu kan. Customer mana tahu awak tu pekerja baru ke tak. Jadi minggu pertama ialah minggu menghafal semua benda! Hafal step buka POS, susun resit time closing kedai, yadah yadah. Uniform (kemeja) dapat lambat sikit tapi apron dapat awal sebab memang ada extra. Nametag pun ada.

Muka penat je ha ha ha
Syif pagi mula 9 pagi sampai 6 petang. Syif petang mula 1 tengah hari sampai 10 malam. Kalau dapat syif pagi memang seronok sebab dapat balik awal, hm sis tak suka lah balik malam hmmm. Jangan ingat kerja cashier senang ye sebab sis pun sales assistant jugak. Syif untuk cashier pun ada. Kadang sehari tu kita jaga POS cashier 3-4 jam je. Selebihnya buat kerja-kerja seperti susun stok barang di rak, layan customer, prepare bahan untuk promotion period dan semestinya bersihkan kedai sebelum balik kerja (syif petang). Kerja cashier juga bukan mudah. Maths kena reti congak. Jangan harapkan komputer je bagi tahu nak kasi baki duit berapa. Kalau duit kurang/tak tally dengan rekod, awak yang kena ganti duit tu.

Penat tak? Mestilah penat. Mula-mula kerja pakai kasut flats hitam, last-last dah masuk sebulan kerja sis tukar pakai kasut pengawas sekolah je, lagi senang dan selesa. Diingatkan ye, cuti hanya sehari seminggu. Dah bukan macam sekolah cuti dua hari seminggu. Agak sedih memula sebab kena kerja enam hari. Memang penat cari rezeki ye anak- anak. Kadang kena kerja full hours which means dari pagi sampai malam. Tak banyak kali pun, kalau kedai memang sibuk sangat memang terpaksa overtime. Kalau tak kerja 8 jam je sehari ikut syif.

Pengalaman yang tak dapat dilupakan? Ada banyak pengalaman. Tapi yang paling utama, dapat berjumpa sendiri dengan bos besar Guardian. Sangat berbangga ya. Sis siap cakap lagi dengan dia. Sis kenal macam mana? Sebab sis dihantar training untuk pekerja baru selepas dua minggu kerja kalau tak silap. Masa training tu of course lah sejarah, carta organisasi semua ditunjuk. Kata pegawai yang ajar tu dia, mana tahu bos datang lawat jadi kena kenal muka depa semua. Huish memang tak sia sia sis tumpukan perhatian time training, jadi, sis kenal lah CEO yang mana satu. Macam mana boleh jumpa? Ok camni, CEO Guardian dan beberapa pegawai yang semua memang tinggi-tinggi jawatan dan delegasi business partners dari err..lupa sudah dari mana datang melawat kedai kami. Yep, tak sangka outlet kami menjadi antara outlet lawatan mereka. Masa tu pulak time Happy Bag punya promotion, jadi bos besar aka Ceo pun tanya sis pasal jualan Happy Bag tu.


Kalau pengalaman kena marah dengan customer tu, itu biasa. Eh takdelah biasa, ada lah beberapa kali kena. Tapi sis tabah je. Buat apa nak bergaduh, customer's always right. Jadi kalau ada kes customer nak tukar barang ke, marah pasal something ke, sis terus panggil akak supervisor. Biar akak yang lebih arif handle. Tak pepasal sis pulak yang kena nanti. Kena kuatkan hati lah, kalau kena marah dengan customer je dah merajuk acane nak hidup dalam dunia yang kejam ni ecewah. Ada satu kali tu, customer beli banyak gila barang tetibe tak jadi beli lah, aduhai~ Kena cancel semua barang. Guardian susah sikit nak cancel barang, kena buat 'return'. POS dia bukan simply boleh cancelkan barang yang di-scan dari komputer tu. So kalau 'return' je, kena panggil akak supervisor atau yang lebih tinggi.

Kak Nurul, Kak Fatin (supervisors) & Kak Fatimah (nak kahwin tahun ini)

Faedah bekerja? Selama bekerja di Guardian, macam macam sis dapat. Serius cakap, bekerja memang dapat mendewasakan kita. Yelah dulu kalau sekolah macam budak-budak je kan bergaul pun dengan kawan-kawan je. Tapi once you bekerja, you will meet different kind of people. Tengok lah sis kerja dengan akak akak yang lebih tua dari sis. Memang dalam kedai tu, sis paling muda. Kenal dengan mereka memang seronok. Dan bekerja juga dapat meningkatkan skil komunikasi. Memang niat sis kerja nak overcome rasa malu dengan orang. Alhamdulillah sepanjang kerja elok je takde lah malu teramat sampai suara tak keluar. Elok je sis berkomunikasi dengan pelanggan.

Mira posing depan kedai (masa ni nak tutup kedai  dah)
Rakan sekerja baik tak? Alhamdulillah kamceng dengan semua akak akak yang berada di situ. Memula kerja panggil Mira "Akak Mira: tapi sebab dia kata panggil nama je jadi mula-mula tu macam awkward kadang kadang tersasul panggil "Kak Mira" juga tapi lepastu ok dah. Kak Nurul memang paling rapat dengan sis Selalu kacau, buli sis ecehh. Dia ni kaki selfie jadi selalu ajak sis selfie hahaha. Maaf gambar selfie kami amatlah comel jadi terpaksa dirahsiakan dari pandangan umum (eh hahaha). Asal dari Sarawak. Kalau dia cakap dialek Sarawak memang tak faham lah huhuhu. Kak Fatin pun baik. Dia kadang-kadang tumpangkan balik dgn kereta dia kalau ayah sis tak dapat nak ambik. Rumah dia dengan rumah sis tak jauh sangat. Mira dgn Kak Nurul naik motor selalunya. RE/ Retails Excutive, Kak Ina dan outlet manager iaitu Kak Liza pun baik je. Tegas pada masa tertentu dan selebihnya mereka ok. Mereka dalam lingkungan 30-an camtu. Kak Fatimah pula time sis kerja tu dia pun tengah ambik master sambil dia kerja. Tahun ni dapat tahu dia dah nak kahwin weee~

Kak Liza - me - Kak Ina (Baju kurung sebab baru lepas ambik result SPM, berkongsi bahagia dengan mereka semua huhu yelah famili selama dua bulan lebih kot)
Rehat buat apa je? Rehat sejam je diberikan dan boleh lah nak makan ke solat ke tidur ke hahaha. Kalau syif pagi biasanya rehat pukul 1 macam tu. Lepas lunch solat then kalau ada masa lagi, duduk kat stor tu sambil main phone tunggu sampai cukup sejam. Kecik je stor tu tapi cukuplah untuk simpan stok barang dan ada meja untuk letak cerek elektrik, air minuman dsb. Kerusi pun ada satu atau dua je. Kalau nak duduk dalam stor pun muat dua orang je hahaha jadi sis tak gemar nak rehat dalam tu. Baik keluar duduk kat food court. Ada ketika kami sangat lapar ketika bekerja jadi share duit beli aiskrim dan roti, makan sama sama. Aduh rindu pula.
Nampak lah kesepahan dia kan
Alhamdulillah sis bekerja akhir bulan Disember 2014 sehinggalah hunjung Februari 2015. Tak lama pun tapi cukuplah untuk menimba pengalaman dan ilmu untuk hidup ni. Gaji pun dapat, walaupun kerja memang penat. Dapatlah merasa duit gaji sendiri. Dapat lah buat lesen lepastu hehehe.

Pesanan kepada adik-adik yang nak kerja lepas SPM
  • Minta izin ibu bapa
  • Buat keputusan betul betul nak kerja sebagai apa
  • Semua kerja susah dan penat, takde yang senang
  • Dah dapat duit gaji jangan rasa kaya sangat, kalau boleh sambung pelajaran, sambung lah
  • Kuatkan hati sebab macam macam jenis manusia awak akan jumpa

16 comments

The Winkiez said...

Hi. Nak tanya. Sis kan dihantar training after 2 weeks bekerja, kan ?
Training tu just utk yg keje full time je ke ? Kalau part time nak kena pergi training jugak ke ?

Fatihah N. said...

@The Winkiez Rasanya full time employee sahaja dihantar training. I'm not sure.

Nur Fiesya said...

Gaji sebulan berapa eh? Sbb ingat nk keje guardian jgk..

Fatihah N. said...

@Nur Fiesya RM900/month gaji basic. Tolak KWSP & Perkeso kalau kerja full time, part time saya tak sure.

Nerissa Nur Irdina said...

Sis nak tanya , semua guardian gaji dia 900 jugak eh/month?

fareeda farhana said...

Sis,kalau saya x walk in,saya apply guna web,cepat x respons mereka sis?

Fatihah N. said...

@Nerissa Nur Irdina Bergantung kepada tempat juga sis. Kalau di KLCC mungkin basic lagi tinggi sebab ramai pelanggan/tempat di ibukota.

Fatihah N. said...

@fareeda farhana Walk in better untuk tanya ada kekosongan tak di outlet tersebut. Kalau sis nak apply guna web HR mereka akan reply juga jadi saya rasa sis boleh cuba kedua-dua cara.

Zyma Ziemin said...

Salam nak tanya, yang ken hantar training tu dia hantarkan or kita kena pergi sendiri eh?

Fatihah N. said...

@Zyma Ziemin Wassalam. Kita kena pergi sendiri ke tempat kursus :)

ira sha said...

Salam, nak tanya kalau pergi training berapa lama dan dimana ye?

Fatihah N. said...

@ira sha Kalau dah diterima kerja nanti dalam beberapa minggu atau selepas sebulan dua bekerja (depends on HR), bos akan bagitahu. Tempat training dan tempoh bos akan bagitahu. Biasanya ikut position yang kita pegang.

humanlife said...

Sy pun guardian juga n masa ni hari kedua saya trianing..pehh susah gila dohh nak hafal barang2 kat mana last2 tanya kat pekerja yg lama..pasal2 kena gossip pulak balik2 nak tanya..well takde sape pun yg kerja terus tahu kena beljar..kan kita kena mula from zero to hero

Muhammad Hazrul said...

Nak tanya kak , saya dah kena interview dgn guardian . Tapi belum mula kerja , kalau saya last minit tolak tawaran, nama saya kena blacklist sbb tak bagi notis ?

Fatihah N. said...

@humanlife Betul tu. Seronok sebenarnya bila belajar benda baru dan dpt pengalaman sepanjang bekerja.

Fatihah N. said...

@Muhammad Hazrul Saya tak pasti psl blacklist tu. Maaf ye.

© Wonderful
Maira Gall